Templat:Use mdy dates

Grindr
GRINDR Logo Yellow.png
Pelancaran pertama25 Mac 2009; 13 tahun yang lalu (2009-03-25)
Keluaran stabil
3.8.0 / 10 Mei 2017; 5 tahun yang lalu (2017-05-10)
Sistem pengendalianApple iOS dan Android
JenisJaringan geososial
Tapak webGrindr.com

Grindr merupakan aplikasi jaringan geososial yang dikhususkan untuk lelaki gay dan biseksual, yang direka bagi membantu golongan ini bersosial dalam kawasan mereka. Ia berjalan menerusi iOS dan Android. Boleh dimuatturun menerusi App Store dan Google Play, Grindr datang dalam versi percuma dan langganan (dikenali sebagai Grindr Xtra). Aplikasi ini menggunakan geolokasi aplikasi mudah alih, yang membolehkan pengguna berhubung dengan pengguna lain yang berada berdekatan dengan mereka.

Grindr merupakan aplikasi geososial gay pertama yang dilancarkan di iTune App Store dan telah menjadi aplikasi mudah alih gay popular di dunia. Ia boleh diakses di 192 buah negara. [1][2]

SejarahSunting

Grindr telah dilancarkan pada 25 Mac 2009 oleh Nearby Buddy Finder, LLC.[3] Walaupun berpangkalan di Amerika Syarikat, aplikasi ini mendapat sambutan di seluruh dunia. Pada 18 Jun 2012, Grindr mengumumkan secara rasmi seramai 4 juta pengguna dari 192 buah negara menggunakan aplikasi ini dengan 1.1 juta pengguna mengaksesnya setiap hari.[4] Selain A.S. dan Australia, aplikasi ini turut aktif digunakan di Iran, Iraq, Israel dan Kazakhstan.[5] Sehingga Julai 2015, Amerika Syarikat mencatatkan pengguna Grindr teramai dengan jumlah 2,660,472 orang pengguna, manakala London mengungguli sebagai bandar teramai menggunakan aplikasi ini dengan 698,252 orang pengguna.[6]

Pada Januari 2011, Grindr memenangi anugerah "Aplikasi Janji Temu Mudah Alih Terbaik" di Anuegrah iDate 2011.[7] Pada Mac 2011, Grindr mengumumkan aplikasi versi Heteroseksual dalam pembikinan dan untuk seketika diberi nama Project Amicus.[8][9] Pada 8 September 2011, Grindr melancarkan Project Amicus yang dikenali sebagai Blendr, aplikasi untuk semua.[10]

Pada Januari 2012, Grindr diumumkan sebagai pemenang TechCrunch's 2011 Crunchies Award untuk Aplikasi Lokasi Terbaik di Majlis Anugerah Tahunan Crunchies ke-5 di San Francisco.[11][12] Grindr turut dianugerahkan sebagai pemenang Anugerah iDate 2012 dalam dua daripada 12 kategori untuk Aplikasi Janji Temu Mudah Alih Terbaiuk dan Teknologi Baru Terbaik di Persidangan Tahunan Industri Janji Temu dan Janji Temu Internet ke-9 di Miami. Pada April 2012, Grindr dipilih oleh pembaca About.com sebagai Aplikasi Janji Temu Terbaik untuk 2012 Anugerah Pilihan Pembaca About.com, dengan 74 peratus pembaca memilih Grindr berbanding Are You Interested, SKOUT, Tagged, Tingle dan Zoosk. Pada 2011, About.com telah menambahkan kategori Aplikasi Janji Temu Terbaik, dan Grindr merupakan satu-satunya aplikasi gay yang tercalon selain aplikasi gay pertama yang kategori ini.

Grindr XtraSunting

Grindr Xtra merupakan Grindr versi langganan yang bebas dari iklan. Selain itu, Grindr Xtra memberi peluang kepada pengguna untuk melihat senarai 300 pengguna dalam satu masa, sekatan pengguna tanpa had dan akses dari satu profil ke profil yang lain dengan cepat. [13] Grindr Xtra juga membenarkan pengguna untuk menapis pengguna dengan kriteria tambahan seperti umur, ketinggian, berat, bangsa dan jenis badan. [14]

SekatanSunting

Aplikasi ini telah disekat di beberapa buah negara. Antaranya di Turki, Iran, Arab Saudi, dan Indonesia. [15] Di Mesir dilaporkan pihak polis menggunakan aplikasi ini untuk mengesan dan menangkap lelaki gay. [16]

RujukanSunting

  1. ^ "The Co-Founder Behind Gay Social App Grindr Opens Up About Success, Sanity and Happiness". April 1, 2014. Dicapai pada Mei 1, 2014.
  2. ^ "CEO OF GRINDR ON THE POWER OF SIMPLICITY AND BECOMING AN UNINTENTIONAL ACTIVIST". Januari 24, 2014. Dicapai pada Mei 1, 2014.
  3. ^ Kincaid, Jason (Mac 25, 2009). "Gay Dating Makes Its Way To The iPhone". TechCrunch. Dicapai pada September 16, 2013.
  4. ^ Carmody, Sarah. "Grindr's Global Dominance Hits 2m". bent News. bent. Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 27, 2011. Dicapai pada Jun 13, 2011.
  5. ^ LaVallee, Andrew (Ogos 17, 2009). "App Watch: Grindr Says It's More Than a Hook-Up Service". The Wall Street Journal. Dow Jones & Company, Inc. Dicapai pada September 23, 2012.
  6. ^ "Grindr advertising" (PDF). Grindr. Dicapai pada Ogos 28, 2016.
  7. ^ "Grindr Named 'Best Mobile Dating Site' at 2011 iDate Awards". Grindr. Januari 24, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada Mac 11, 2012. Dicapai pada Oktober 5, 2011.
  8. ^ Rushe, Dominic (Februari 6, 2011). "Grindr app goes straight – but there are different rules for women". The Guardian. London. Dicapai pada Oktober 5, 2011.
  9. ^ Kapp, Matt. "Grindr: Welcome to the World's Biggest, Scariest Gay Bar". Vanity Fair. Conde Nast. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 10, 2011. Dicapai pada Jun 8, 2011.
  10. ^ Vara, Vauhini (September 8, 2011). "App Watch: IPhone-Assisted Dates Go Straight". The Wall Street Journal. Dow Jones & Company, Inc. Dicapai pada September 11, 2011.
  11. ^ "Crunchies 2011 - San Francisco - January 31, 2012". TechCrunch. Januari 31, 2012. Dicapai pada November 6, 2013.
  12. ^ "Grindr Recognized as Winner of TechCrunch Crunchies Awards and 2012 iDate Awards - LOS ANGELES, Feb. 1, 2012 /PRNewswire/". Prnewswire.com. Dicapai pada November 6, 2013.
  13. ^ "App Store - Grindr Xtra". Itunes.apple.com. September 27, 2011. Dicapai pada Oktober 5, 2011.
  14. ^ "New Grindr. New Useful Tips - Grindr". Oktober 1, 2013.
  15. ^ "Unable to access Grindr due to government block". Grindr. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 18, 2017. Dicapai pada Julai 26, 2016.
  16. ^ Culzac, Natasha (September 17, 2014). "Egypt's police 'using social media and apps like Grindr to trap gay people'". The Independent. Dicapai pada Julai 26, 2016.

Bacaan tambahanSunting

Pautan luarSunting