Griot ialah seorang yang berperanan sebagai sejarawan, penglipur lara, pemuzik atau penyajak yang wujud dalam kalangan masyarakat serantau Afrika Barat. Mereka pakar dalam penceritaan lisan mengenai tokoh-tokoh hebat atau bersejarah yang wujud dalam pengetahuan atau ingatan masyarakat mereka.[1]

Seorang griot Wolof dengan khalam di Dakar, tahun 1910

Gambaran umumSunting

Pekerjaan ini diberi banyak nama setempat termasuk:

Kepakaran lisan para pencerita ini diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga-keluarga besar di mana setiap anggota mengkhusus dalam bidang tertentu baik penelusuran salasilah keluarga, bercerita, pemainan muzik mahupun ketiga-tiga kemahiran ini.[3] Kaum wanita turut terlibat dalam pengkaryaan sedemikian.[4]

Para pencerita ini mahir memainkan alat-alat muzik mengiringi cerita mereka termasuk Instrumen mereka meliputi kora, khalam atau xalam, goje, balafon, dan ngoni.

RujukanSunting

  1. ^ Simonis, Francis (2015). "L'Empire du Mali d'hier à aujourd'hui". Cahiers d’histoire. Revue d’histoire critique. 128: 71–86.
  2. ^ Faya Ismael Tolno (September 2011). "Les Recherches linguistiques de l'école N'ko" (PDF). Dalou Kende (dalam bahasa Perancis). No. 19. Kanjamadi. m/s. 7. Dicapai pada 17 December 2020.
  3. ^ Janson, Marloes (2004). Biebuyck, Brunhilde; Mongo-Mboussa, Boniface (penyunting). "Griot réel, griot rêvé". Africultures. L'Harmattan. 61: 74–85. ISBN 2-7475-6523-8. |chapter= ignored (bantuan)
  4. ^ Bebey, Francis (1969, 1975). African Music, A People's Art. Brooklyn: Lawrence Hill Books.

Pautan luarSunting