Grossadmiral (ejaan bahasa Jerman ialah Großadmiral) atau Laksamana Besar adalah pangkat pegawai berbendera yang tertinggi sekali didalam sejarah angkatan tentera laut Jerman dan Empayar Austria dan Austria-Hungary, setanding dengan kod pangkat NATO OF10[perlu rujukan], dan pangkat lima bintang dalam angkatan tentera yang menggunakan bahasa Inggeris.

Alfred von Tirpitz berpakaian seragam Großadmiral

Ia setaraf dengan pangkat Generalfeldmarschall atau Feldmarschall tentera Jerman dan Laksamana Besar di angkatan tentera lain. Sebagai tanda kebesaran dan ketinggian pangkat, Großadmiral (Grossadmiral) berhak menerima "baton Großadmiral" (Bahasa Jerman Großadmiralsstab).[1]

Jerman sunting

 
Bendera pemerintahan Großadmiral Tentera Laut Imperial Jerman sehingga tahun 1918

Di dalam Tentera Laut Imperial Jerman, pangkat Großadmiral adalah setara Laksamana Armada British atau Laksamana Armada Amerika . Ia telah diwujudkan pada tahun 1901, dan seperti Fil Marsyal Jerman, penyandangnya dibenarkan membawa baton.[2]

Perang Dunia I sunting

Sebelum dan semasa Perang Dunia I, beberapa orang yang berikut telah dilantik Laksamana Besar Tentera Laut Imperial Jerman (Kaiserliche Marine):

Perang Dunia II sunting

 
Laksamana Besar
Grossadmiral
 
   
Lencana
lengan
Papan
bahu
Bendera rasmi
Grossadmiral
Negara Jerman Nazi
Cabang perkhidmatan   Kaiserliche Marine
  Kriegsmarine
Pangkat Lima bintang
Singkatan GA
Diperkenalkan 1901
Dimansuhkan Mei 1945
Persamaan
NATO
OF-10
Pangkat tinggi seterusnya

Reichsmarschall

Pangkat rendah seterusnya

Generaladmiral

Persamaan pangkat Generalfeldmarschall

Tiada lagi Laksamana Besar sehingga tahun 1939. Hanya terdapat dua orang yang dilantik Laksaman Besar Kriegsmarine (Tentera Laut Perang") Jerman Nazi

  • Erich Raeder, Panglima Besar Kriegsmarine, telah dilantik Laksamana Besar pada 1 April 1939
  • Karl Dönitz, Panglima Armada U-Boot dan telah dilantik Laksamana Besar pada 30 Januari 1943 selepas menggantikan Raeder sebagai Panglima Besar Kriegsmarine.
Pangkat junior
Generaladmiral
 
(Pangkat Kriegsmarine)
Großadmiral
Generalfeldmarschall
Pangkat senior
Reichsmarschall

Austria-Hungary sunting

insignia pangkat k.u.k. Großadmiral
insignia lengan baju
bendera pemerintahan
Warna kor (Biru tua)

Anton Haus, Panglima Tentera Laut Austria-Hungary bagi Perang Dunia I, telah diberi gelaran Großadmiral pada tahun 1916. Tiada pegawai aktif lain (kecuali ahli keluarga Imperial) yang pernah menerima pangkat ini (walaupun pengganti terdekat Haus', Maximilian Njegovan, telah dilantik Laksamana Besar didalam senarai persaraan pada tahun 1918).

Lihat juga

Rujukan sunting

  1. ^ BROCKHAUS, The encyclopedia in 24 volumes (1796–2001), Volume 9: 3-7653-3660-2, page 164; definition: «Großadmiral»
  2. ^ The Times, 1 January 1901.[halaman diperlukan]