Grunge

salah satu elemen muzik yang tergolong dalam kategori Alternatif Rock

Grunge (kadang kala dkenali sebagai Bunyi Seattle) merupakan genre muzik rock alternatif yang diilhamkan dari punk hardcore, muzik heavy metal, dan rock indie. Grunge dicipta pada pertengahan-1980s oleh kumpulan dari negeri Washington, terutamanya dari kawasan Seattle.

Ia berjaya dari segi perdagangan pada pertengahan tahun 1990-an, disebabkan tertubuhnya kumpulan Nirvana Nevermind dan Pearl Jam Ten -Pearl Jam album. Genre ini dberkait rapat dengan Generation X di Amerika Syarikat, kerana kepopularan genre dan penggunaan istilah generasi timbul serentak.[1] Grunge adalah definasi awal fenomena muzik 1990-an, yang membezakan muzik rock 1990-an dari 1980-an.

Ciri-ciri sunting

Muzik Grunge bercirikan muzik gitar elektrik "kotor-dirty", strong riffs, dan dram yang kuat. Bunyi kotor disebabkan pengunaan meluas pengherot gitar yang kuat (heavy guitar distortion), kotak fuzz dan bunyi sua balas (Audio feedback). Ia juga terhasil dari pertukaran stail dalam kaedah piwaian memainkan rock punk. Grunge menggabung unsur pung keras dan heavy metal menjadi satu bunyi, sungguhpun kadang-kala ia dimainkan dengan penekanan pada salah satu darinya. Kumpulan Grunge terkenal kerana mentaliti dan atitud punk, dan muzik ini berkongsi dengan muzik punk dari segi bunyi kasar, tempo kencang, dan penyampaian vokal. Bagaimanapun, grunge turut membabitkan tempo lebih perlahan, (dissonant harmonies), dan peralatan rumit menyamai heavy metal.

Lirik Grunge biasanya berkenaan tema yang sama seperti terasing dari sosial, tidak kisah (apathy), terperangkap dan keinginan untuk bebas. Ia biasanya dipenuhi kemarahan, kekecewaan, (ennui), takut, tertekan dan penagihan dadah sering kali diterokai dalam lagu grunge. Liriknya menyamai punk dan apa yang dianggap Generasi X. Beberapa faktor mungkin mempengaruhi lirik ini. Kebanyakan peminat dan pemuzik grunge menunjukkan kekecewaan umum (general disenchantment) dengan keadaan masyarakat dan tidak selesa dengan prejudis masyarakat. Mereka sering kali dianggap golongan tercicir dan penagihan dadah adalah biasa dikalangan mereka. Juga, ramai pemuzik grunge memulakan kerjaya mereka sebagai remaja atau pemuda, apabila perasan (angst) adalah biasa. Sungguhpun begitu bukan semua lagu grunge berkenaan tema sedemikian: Satirical Kumpulan Nirvana dalam "In Bloom" adalah contoh terkenal bagi penulisan lagu lebih melucukan. Malah, beberapa lagu grunge dipenuhi dengan samaada rasa muram atau riang atau lucu juga (sebagai contoh, Kumpulan Mudhoney "Touch Me I'm Sick" atau Kumpulan Tad "Stumblin' Man"), sungguhpun ini biasanya tidak disedari oleh umum. Lucuan dalam grunge seringkali berbentuk (parody glam metal) (sebagai contoh, Soundgarden "Big Dumb Sex") dan bentuk lain muzik rock yang popular semasa 1980-an.[2]

Kejatuhan popular umum sunting

Minat terhadap muzik grunge bagaimanapun pendek sahaja. Terdapat beberapa faktor penting yang menyumbang kepadanya. Sungguhpun sebahagian darinya mampu secara sendiri menamatkan kepopularan genre ini, ia dipercayai bahawa lebih dari satu faktor menyebabkan kemerosotan.

Kebanyakan peminat dan sejarahwan muzik percaya bahawa kebanyakan kumpulan grunge terlalu menentang kepada populariti umum (stardom) bagi mencapai sokongan berkekalan dari label syarikat rakaman utama. kebanyakan kumpulan grunge enggan bekerjasama dengan syarikat rakaman utama bagi menghasilkan ikatan ramah radio, dan syarikat rakaman berpaling kepada kumpulan baru yang sanggup melakukannya, sungguhpun dengan irama yang dikurangkan yang tidak begitu disambut baik oleh peminat lama genere itu. Kemerosotan jualan muzik pada 1996 turut mempengaruhi syarikat rakaman bagi melihat genre muzik berlainan dari mempromosi genre seperti grunge yang popular setakat itu. Bagaimanapun kemerosotan ini mungkin juga disebabkan penggunaan kumpulan yang lebih jinak iramanya oleh industri muzik itu sendiri.

Antara faktor yang mungkin mendorong kemerosotan popular umum grunge adalah kebangkitan sub-genre grunge yang dikenali sebagai post-grunge. Post-grunge merupakan variasi grunge ramah radio yang tidak mempunyai bunyi "kotor" yang biasa didengari peminat grunge. Sub-genre ini dipercayai didorong oleh esekutif syarikat rakaman yang mahu menjual variasi genre grunge kepada pasaran lebih meluas dengan menyerupai bunyi muzik pop. Pada pertengahan 1990-an, syarikat rakaman mulai mengambil beberapa kumpulan yang menghasilkan muzik seperti itu dan memberikan mereka lebih dedahan. Sementara sesetengah kumpulan tersebut berjaya seperti Silverchair dan Bush, kebanyakan peminat grunge mebgutuk kumpulan post-grunge sebagai pembelot. Ini jelas dalam kes Candlebox dan Collective Soul, yang dihila oleh kebanyakan peminat grunge. Malah kumpulan post-grunge yang berjaya turut dituduh sedemikian oleh peminat grunge, menyebabkan banyak dari mereka mempunyai kepopularaan yang lebih singkat berbanding kumpulan grunge awal.

Penggunaan dadah heroin dikalangan pemuzik grunge turut merupakan masalah utama bagi penerusan sesetengah kumpulan grunge. Kematian Andrew Wood akibat terlebih dos pada 1990 merupakan tragedi utama pertama bagi lapangan grunge, menamatkan karea kumpulan Mother Love Bone. Penggunaan heroin oleh Kurt Cobain dipercayai menyumbang kepada kematiannya pada 1994 (sungguhpun ia tidak pernah disahkan).[3] Kematian Kristen Pfaff dari kumpulan Hole pada 1994, dan Layne Staley dari Alice in Chains pada 2002, turut disebabkan terlebih dos heroin. Ia dipercayai ramai bahawa grunge mulai merosot dengan kematian Cobain pada April 1994. Yang menariknya, Cobain seringkali dirakamkan gambarnya dengan mengenakan t-shirt menyatakan "Grunge dah Mati."

Tahun 1996 terbukti tahun terakhir pemuzik grunge dianggap aktif. Pada tahun ini, banyak "terakhir" berlaku. Pearl Jam membebaskan album terakhir yang memenangi senarai (charts), No Code. Alice in Chains memberikan persembahan terakhir dengan penyanyi utama , Layne Staley yang sering sakit-sakit. Soundgarden dan The Screaming Trees membebaskan album studio terakhir mereka, Down on the Upside dan Dust (Screaming Trees album). Dan Nirvana membebaskan album lansung From the Muddy Banks of the Wishkah.

Garis masa kumpulan sunting

Note: Kumpulan dalam hijau telah pupus. Kumpulan kuning bata masih aktif sehingga 2007 (dengan kelabu menunjukkan penerusan masa hadapan).

MelvinsL7 (band)GruntruckPaw (band)Stone Temple PilotsHole (band)Tad (band)Nirvana (band)Alice in ChainsScreaming TreesMad Season (band)Temple of the DogSoundgardenSkin YardMudhoney (band)Pearl JamMother Love BoneGreen River (band)Malfunkshun

Band terkenal sunting

Dalam Seattle sunting

  • Kumpulan Alice in Chains
  • Kumpulan Blood Circus
  • Kumpulan Green River
  • Kumpulan Gruntruck
  • Kumpulan Gumball
  • Kumpulan Hammerbox
  • Kumpulan Love Battery
  • Kumpulan Mad Season
  • Kumpulan Malfunkshun
  • Kumpulan Melvins
  • Kumpulan Mono Men
  • Kumpulan Mother Love Bone
  • Kumpulan Mudhoney
  • Kumpulan My Sister's Machine
  • Kumpulan Nirvana
  • Kumpulan Pearl Jam
  • Kumpulan Screaming Trees
  • Kumpulan Skin Yard
  • Kumpulan Soundgarden
  • Kumpulan Tad
  • Kumpulan Temple of the Dog

Luar Seattle sunting

Di Malaysia sunting

Nota dan Rujukan sunting

  1. ^ Novel Generation X: Tales for an Accelerated Culture oleh Douglas Coupland, yang mempopularkan istilah "Generation X", diterbitkan pada 1991. Disebalik kepercayaan umum, novel iti tidak merujuk kepada grunge sama sekali; Nirvana belum lagi membebaskan "Smells Like Teen Spirit" pada masa novel diterbitkan. Bagaimanapun, sifat atitude dan cara berpakaian watak dilihat menyerupai peminat dan pemuzik grunge.
  2. ^ Freind, Bill. "Grunge". St. James Encyclopedia of Pop Culture. Retrieved June 23, 2005.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Hype tidak disediakan

Pautan luar sunting