Grus japonensis

spesies burung

Grus japonensis (Tulisan Cina Tradisional: 丹頂鶴; Tulisan Cina Ringkas: 丹顶鹤; pinyin: dāndǐng hè; Bahasa Jepun: 丹頂鶴, タンチョウヅル; Romaji: tanchōzuru; Bahasa Korea: 두루미; romaja: durumi) ialah sejenis burung jenjang yang bertaburan di Asia Timur; ia merupakan burung jenjang paling jarang ada di dunia.

Grus japonensis
Grus japonensis -Hokkaido, Japan -several-8 (1).jpg
Kawanan burung di Hokkaido
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik s
Templat taksonomi hilang (baiki): Grus japonensis

GambaranSunting

Ia dapat dikenalpasti dengan ternampaknya bahagian berwarna merah pada ubun kepala; bahagian ini semakin menonjol untuk menarik perhatian pasangan pada musim mengawan.[2]

Badan ia yang besar berketinggian rata-rata 1.5 m (5 ft) saiznya menjadikan ia hampir langsung tidak dapat dimangsakan.[3] Malah, sebarang haiwan yang cuba melakukan sedemikian seperti serigala atau rubah akan dikejar dan dihalau dengan langkah ia yang tangkas dan kuat.[4]

Taburan dan habitatSunting

Pada musim bunga dan musim panas, populasi penghijrahan burung jenjang mahkota merah berkembang biak di Siberia (timur Rusia), timur laut China dan kadang-kadang juga di timur laut Mongolia[1] (khususnya kawasan lindungan ketat Daguur Mongol). Pusat pembiakan berpusat di Tasik Khanka yang terletak di sempadan antara China dan Rusia. Ada juga suatu taburan kawanan yang menduduki kawasan timur pulau Hokkaidō di Jepun.[1]

Pada musim gugur, kawanan-burung burung ini berpindah ke kawanan Semenanjung Korea dan timur tengah China untuk menghabiskan musim sejuk.

TabiatSunting

PemakananSunting

Burung ini omnivor memakan pelbagai bijirin termasuk beras dan gandum kuda sampailah ke buah oak. Haiwan yang dimangsakan pula terdiri dari pelbagai jenis ikan termasuk ikan kap dan ikan emas, amfibi (terutamanya salamander), siput, ketam, pepatung, reptilia kecil, udang malah mamalia kecil seperti tikus.

PembiakanSunting

Kawasan sarang meliputi sekitar 1 hingga 7 km2 (0.39 hingga 2.70 bt2) dan tidak berubah tahun demi tahun. Tapak sarang dipilih burung betina cenderung atas kawasan rata, mendekati tanah paya rawa serta berumput tinggi. Kedua-dua jantan dan betina membina sarang baik di tanah basah atau air cetek tidak lebih dari 20 hingga 50 cm (7.9 hingga 19.7 in) dalam. Kadangkalanya, sarang dibina di permukaan air yang beku, kerana suhu yang sejuk dapat bertahan hingga musim bersarang.[5] Pembinaan sarang ini memakan masa sekitar seminggu.[6] Pasangan bersifat awas dan sering menjaga sarang semasa musim ini.[7]

Sebilangan besar sarang mengandungi dua biji telur, ada juga sebanyak tiga biji yang telah didapati dan tercatat. Kedua-dua pasangan mengeram telur sekurang-kurangnya 30 hari.

Anak burung yang baru tetas mempunyai berat sekitar 150 g (5.3 oz) berbulu kuning halus sehingga bulu ini gugur lepas usia lebih dua minggu.[8][9] Anak-anak ini tinggal dalam sarang diberi makan induk selama beberapa minggu pertama, sebelum dibenarkan mengikuti induk bapak mencari makan di paya sekitar usia 3 bulan.

Hubungan dengan manusiaSunting

 
Meisho[pautan putus] Edo hyakkei 名所江戸百景 ("Seratus Pandangan Terkenal Edo"), cetakan 1857 karya Hiroshige

KepercayaanSunting

Agama Tao melihat ia sebagai perlambangan kepada keabadian dan umur panjang di mana roh seseorang yang berjaya mendapat keabadian akan menunggang haiwan tersebut. Ia pernah diterapkan dalam motif hiasan harta makam zaman-zaman Shang dan Zhou.

Masyarakat Jepun sering mempunyai kisah menceritakan pembalasan budi yang diberikan burung jenjang ini yang ditolongi manusia.

RujukanSunting

  1. ^ a b c BirdLife International 2016. Grus japonensis. The IUCN Red List of Threatened Species 2016: e.T22692167A93339099. https://dx.doi.org/10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T22692167A93339099.en.
  2. ^ G. W.; Meine, C. D. (1996). del Hoyo J, Elliott A, Sargatal J. (penyunting). "Hoatzin to Auks. Handbook of the Birds of the World". 3: 60-89. Cite journal requires |journal= (bantuan); |chapter= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  3. ^ Wang, Z., Li, Z., Beauchamp, G., & Jiang, Z. (2011). Flock size and human disturbance affect vigilance of endangered red-crowned cranes (Grus japonensis). Biological Conservation, 144(1), 101-105.
  4. ^ Vinter, S. V. 1981. Nesting of the red-crowned crane in the Central Amur Region. In: Lewis JC, Masatomi H. 1981. Crane research around the world: Proceedings of the International Crane Symposium at Sapporo Japan in 1980 and papers from the World Working Group on Cranes, International Council for Bird Preservation. Baraboo, WI: International Crane Foundation.
  5. ^ Ma, Y-C. 1981. The annual cycle of red-crowned crane. In: Lewis JC, Masatomi H. (Eds.). 1981. Crane research around the world: Proceedings of the International Crane Symposium at Sapporo Japan in 1980 and papers from the World Working Group on Cranes, International Council for Bird Preservation. Baraboo, WI: International Crane Foundation.
  6. ^ Britton, D. & Hayashida T. 1981. The Japanese crane: bird of happiness. Tokyo, New York, San Francisco: Kodansha International. 64 pp.
  7. ^ Carpenter JW. 1986. Cranes (Order Gruiformes) In: Fowler ME. (Ed.) Zoo and wild animal medicine. Philadelphia, London, Toronto, Mexico City: W.B. Saunders Company. pp. 316-326.
  8. ^ Klenova, A. V., Volodin, I. A., & Volodina, E. V. (2008). Duet structure provides information about pair identity in the red-crowned crane (Grus japonensis). Journal of Ethology, 26(3), 317-325.
  9. ^ Ling, Z., Yanzhu, S., Dajun, L. & Yang A. 1998. Plumage growth and molt sequence in red-crowned crane (Grus japonensis) chicks. In: Cranes in East Asia: Proceedings of the Symposium held in Harbin, People's Republic of China June 9–18. Open File Report 01-403. Fort Collins: U.S. Department of the Interior, U.S. Geological Survey.

Pautan luarSunting