Gua Altamira (Sepanyol: Cueva de Altamira Sebutan Sepanyol: [ˈkweβa ðe altaˈmiɾa]) ialah sebuah kompleks gua berdekatan petempatan Santillana del Mar di Cantabria, Sepanyol. Gua ini dikenali kerana memiliki lukisan gua prasejarah yang menampilkan lukisan arang dan polikrom haiwan dan tangan manusia. Lukisan terawal ditarikh pada Paleolitik Atasan sekitar 36,000 tahun lalu.[1] Tapak ini dijumpai Modesto Cubillas pada 1868 dan dikaji oleh Marcelino Sanz de Sautuola.[2]

Gua Altamira
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
Maklumat am
Nama asliCueva de Altamira
Sebahagian dari
Gua Altamira dan Seni Gua Paleolitik Sepanyol Utara
Inskripsi1985 (sesi ke-9)
Keluasan0.32, 16 he (34,000, 1,722,000 ka2)
Zon penampan16 he (0.062 bt2)
Maklumat lokasi
LokasiSantillana del Mar, Cantabria, Sepanyol
Koordinat43°22′57″N 4°7′13″W / 43.38250°N 4.12028°W / 43.38250; -4.12028Koordinat: 43°22′57″N 4°7′13″W / 43.38250°N 4.12028°W / 43.38250; -4.12028
Gua Altamira is located in Bumi
Gua Altamira
Gua Altamira (Bumi)
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Di samping kualitinya yang menonjol, kemasyhuran Altamira juga berasaskan fakta bahawa lukisan ini merupakan lukisan gua Eropah pertama yang disahkan memiliki usul prasejarah. Sautuola menerbitkan kajiannya dengan dukungan Juan de Vilanova y Piera pada 1880 dengan sambutan awam.

Namun begitu, penerbitan kajiannya menerbitkan kontroversi dalam kalangan pakar, dengan sesetengah pakar menolak usul prasejarah lukisan itu berdasarkan tanggapan bahawa manusia prasejarah tidak memiliki daya pemikiran abstrak. Isu ini berlarutan hingga 1902 dengan penemuan-penemuan serupa di kawasan sekitar, menyebabkan bukti mereka tidak boleh ditolak.[3]

Altamira terletak di kawasan Franco-Cantabria dan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 1985 sebagai tapak utama Gua Altamira dan Seni Gua Paleolitik Sepanyol Utara.[4] Gua ini tidak lagi dibuka bagi lawatan orang awam, tetapi sebuah replika telah dibina di sana.

Rujukan sunting

  1. ^ A. W. G. Pike et al., "U-Series Dating of Paleolithic Art in 11 Caves in Spain", Science 336, 1409 (2012), doi:10.1126/science.1219957.
  2. ^ "The discovery of Altamira". Museo Nacional y Centro de Investigación de Altamira. Dicapai pada 25 September 2018.
  3. ^ Busch, Simon (28 Februari 2014). "Prehistoric paintings in Spain's Altamira cave revealed to a lucky few". Cable News Network. Dicapai pada 19 Disember 2016.
  4. ^ "Cave of Altamira and Paleolithic Cave Art of Northern Spain". unesco. Dicapai pada 30 Disember 2016.

Pautan luar sunting