Gua Hira

Koordinat: 21°27′27.20″N 39°51′33.90″E / 21.4575556°N 39.8594167°E / 21.4575556; 39.8594167

Gua Hira (Bahasa Arab: غار حراء, Ġār Ḥirāʾ) ialah sebuah gua yang terletak kira-kira 3.1 bt (5.0 km) dari Makkah, di atas sebuah gunung bernama Jabal al-Nour di wilayah Hijaz di Arab Saudi. Gua itu sendiri berukuran 12 ka (3.7 m) panjang dan 5 ka 3 in (1.60 m) lebar.[1] Tinggi gua itu ialah 270 m (890 ka) dan boleh didaki dengan kira-kira 600 anak tangga.[2] Letaknya pada tebing menanjak yang agak curam walaupun Gunung Nur tidaklah terlalu tinggi. Namun begitu, pendakian menuju ke Gua Hira melalui jalan lereng-lereng Bukit Nur yang kering dan berbatu, setiap orang haruslah memiliki kekuatan fizikal dan mental yang kuat.

Pintu masuk Gua Hira'

Gua ini terkenal sebagai tempat di mana Muhammad menerima wahyu yang pertama daripada Allah melalui Malaikat Jibril.[1] Gua Hira adalah tempat Muhammad selalu menyendiri dan bermunajat selain bertahannuth dan bertaqarrub kepada Allah selama tiga tahun. Baginda juga selalu ke situ bagi menghindari masyarakat Arab Jahiliyah yang pada saat itu masih belum beriman kepada Allah dan sering melakukan maksiat dan dosa-dosa besar.[3]

RujukanSunting

  1. ^ a b "In the Cave of Hira'". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-15. Dicapai pada 2009-08-03.
  2. ^ Akhmad Kusaeni (28 Oktober 2011). "Tersungkur di Gua Hira". ANTARA News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-12. Dicapai pada 12 Mac 2014. More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)
  3. ^ Safi-ur-Rahman al-Mubarkpuri (1995). "In The Shade of the Message and Prophethood". Ar-Raheeq Al-Makhtum (kulit keras) |format= requires |url= (bantuan) (dalam bahasa Inggeris). Riyadh: Maktaba Dar-us-Salam. m/s. 67.

Pautan luarSunting