Gua-Gua Pettakere

(Dilencongkan dari Gua Pettakere)

Gua Pettakere (bahasa Makassar: ᨒᨙᨕ ᨄᨙᨈᨀᨙᨑᨙ Léang Péttakéré,[2] bahasa Bugis: ᨒᨙᨕ ᨄᨛᨈᨀᨙᨑᨙ Léang Pêttakéré) terletak dalam batuan karst Maros-Pangkep dalam suatu perbukitan terpencil 12 kilometer jauh dari bandar Maros dan 30 kilometer dari kota Makassar[3] di selatan pulau Sulawesi, Indonesia. Gua ini mengandungi lukisan-lukisan rupa paleolitik tertua di dunia mencapai usia sekurang-kurangnya 43,900 tahun dahulu.[4][5]

Leang Pettakere
ᨒᨙᨕ ᨄᨛᨈᨀᨙᨑᨙ
Gua Pettakere, Leang Petta Kerre, Gua Petta Kerre, Leang Petta Kere, Gua Petta Kere
Gua-Gua Pettakere is located in Bumi
Gua-Gua Pettakere
Gua-Gua Pettakere (Bumi)
TempatKelurahan Leang-Leang, Kecamatan Bantimurung, Kabupaten Maros, Sulawesi Selatan, Indonesia
Koordinat5°0′11″S 119°41′40″E / 5.00306°S 119.69444°E / -5.00306; 119.69444Koordinat: 5°0′11″S 119°41′40″E / 5.00306°S 119.69444°E / -5.00306; 119.69444[1]
Variasi ketinggian45 mdpl
DitemuiHeeren Palm (1950)
Geologikarst / batu kapur / batu gamping
Laman webvisit.maroskab.go.id
cagarbudaya.kemdikbud.go.id
kebudayaan.kemdikbud.go.id/bpcbsulsel/
Templat:Infobox tempat wisata Templat:Infobox cagar budaya

Gua-gua ini diketahui masyarakat setempat begitu lama. Para arkeologi Belanda memulakan penggalian di gua-gua yang berdekatan tahun 1950-an, tetapi penerokaan tidak dapat membuahkan hasil sehingga setelah penyelidikan dibuat oleh Ian Glover, seorang pakar arkeologi British pada tahun 1973.[2][6]

Pada Oktober 2014, pemerintah Indonesia berjanji menguatkan tahap keselamatan pekarangan tapak-tapak bersejarah ini sebagai suatu "cagar budaya"; pihak ini turut merancang menyenaraikan gua-gua ini dalam "daftar warisan budaya rasmi" negara serta memohon status Tapak Warisan Dunia UNESCO.[7] Kepentingan bersejarah ini telah menjadi tarikan banyak lapisan masyarakat baik dari dalam dan luar negeri, pegawai pemerintah, bahkan mahupun dari kalangan pelajar/mahasiswa dan penyelidik.[8]

Ciri bumi sunting

Leang Pettakere berada 300 meter di sebelah timur Leang Pettae dengan dimensi 45 meter dari permukaan laut serta 10 meter dari permukaan tanah sekeliling.[1] Ia terdiri daripada suatu kompleks[9] memiliki beberapa bukaan dengan nama sendiri: Pettae, Jane, Saripa, Jarie, Karrasa, dan sebagainya. Laluan masuk ke bukaan-bukaan ini dijumpai 30 meter tinggi dari suatu padang sawah di sebelah barat tebing bukit yang dimasuki menaiki suatu tangga.[1][10][11] Masih terdapat lantai yang menjorok keluar selebar 1-2 m dan berfungsi sebagai pelataran gua. Leang Pettakere termasuk gua dengan tipe kekar tiang.

Suhu udara di dalam gua sekitar 27°C dengan kelembapan rongga gua sekitar 65% sementara kelembapan pada dinding gua berkisar antara 17%-22%.[1]

Penemuan sunting

Gua ini paling menonjol dari deretan gua-gua lain yang ada di hamparan pergunungan batu ini dari tinggalan bersejarah yang didapati menunjukkan bukti gua sebagai sarana hunian manusia zaman dahulu termasuk lukisan gua serta alat senjata.

Lukisan gua sunting

Lukisan gua yang didapati dalam gua ini banyak bermotif binatang zaman Pra-Austronesia. Antara yang utama ditemukan berupa gambaran seekor babirusa gemuk terkapar dengan sebilah tombak menghunus ke jantung dikelilingi cap tangan dihasilkan dari semperutan suatu pigmen: pigmen ini mungkin dari hematit yang banyak terdapat dalam batu-batuan dan dasar sungai sekitar gua mahupun dari getah pohon yang dikunyah seperti sirih. Ada kefahaman purba masyarakat setempat yang menyebutkan bahawa gambar tangan dengan jari lengkap bermakna sebagai penolak bala sementara tangan dengan empat jari sahaja bererti ungkapan berdukacita. Ada sekitar 27 gambar telapak tangan, tapi yang terlihat utuh hanya sekitar 17 gambar keseluruhannya berusia gambar itu lebih dari 5,000 tahun.

Tinggalan lain sunting

Tinggalan manusia yang ditemukan antara lainnya alat batu serpih bilah (microlith) dan mata anak panah. Sampah dapur berupa kulit kerang siput yang berselerakan juga ditemukan.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Tim Direktori Maros-Pangkep (2007). Direktori Potensi Wisata Budaya Di Kawasan Karst Maros-Pangkep Sulawesi Selatan Indonesia (PDF). Makassar: Balai Pelestarian Peninggalan Purbakala Makassar. m/s. 54. ISBN 978-979-17021-0-2.
  2. ^ a b Price, Liz (20 January 2008). "Sulawesi cave of hands". The Brunei Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 November 2014. Dicapai pada 16 November 2014.
  3. ^ Volkman, Toby Alice (1990). Sulawesi: Island crossroads of Indonesia. Passport Books. ISBN 9780844299068. Dicapai pada 22 November 2014.
  4. ^ Aubert, M., Brumm, A., Ramli, M. et al. Pleistocene cave art from Sulawesi, Indonesia. Nature 514, 223–227 (2014) doi:10.1038/nature13422
  5. ^ 1993 Indonesia, Malaysia & Singapore Handbook. Prentice Hall. 1993. ISBN 9780138251833. Dicapai pada 22 November 2014.
  6. ^ Domínguez, Gabriel (9 October 2014). "Indonesian cave paintings 'revolutionized our idea of human art'". Deutsche Welle. Dicapai pada 22 November 2014.
  7. ^ "Indonesia pledges to protect ancient cave paintings". Rappler. Agence France-Presse. 9 October 2014. Dicapai pada 22 November 2014.
  8. ^ Mulyantari, Enny (2018). Pengembangan Objek Wisata Budaya : Taman Prasejarah Leang-Leang, Maros, Sulawesi Selatan (Jurnal Media Wisata, Vol. 16, No. 1) (PDF). Jurnal Media Wisata. m/s. 684–697.
  9. ^ Jo Marchant, Justin Mott, 'A Journey to the Oldest Cave Paintings in the World', Smithsonian.com, January 2016.
  10. ^ Pitaloka, Dyah Ayu (6 Julai 2014). "Exploring the Leang-Leang Caves of Maros". Jakarta Globe. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2014. Dicapai pada 15 November 2014.
  11. ^ Domínguez, Gabriel (9 October 2014). "Indonesian cave paintings – Rewriting art history". Deutsche Welle. Dicapai pada 16 November 2014.

Bacaan lanjut sunting