Guadalupe Victoria

Guadalupe Victoria (29 September 1786 - 21 Mac 1843), dilahirkan dengan nama José Miguel Ramón Adaucto Fernández y Félix, ialah presiden Mexico yang pertama dari tahun 1824 hingga tahun 1829.

Guadalupe Victoria
Dalam jawatan
10 Oktober 1824 – 31 Mac 1829
Naib PresidenNicolás Bravo
Didahului olehInterim Triumvirate
Digantikan olehVicente Guerrero
Maklumat peribadi
Lahir29 September 1786
Tamazula, Durango
Mati21 Mac 1843
Perote, Veracruz
KewarganegaraanMexico
Parti politiktiada parti
PasanganMaría Antonia Bretón

Biografi ringkas

sunting

Dilahirkan di Tamazula pada tahun 1786, Durango, Guadalupe Victoria belajar undang-undang di Colegio de San Ildefonso. Pada tahun 1811, beliau menyertai pemberontakan yang diisytiharkan oleh Miguel Hidalgo dan bertempur di bawah José María Morelos y Pavón. Beliau bertempur di Oaxaca dan Veracruz selepas Morelos dihukum mati,

Apabila ditewaskan berhampiran kota Palmillas, Veracruz, Guadalupe Victoria menyembunyikan diri di hutan pergunungan sehingga Agustín de Iturbide dan Vicente Guerrero mengisytiharkan Plan de Iguala yang mendesak sebuah Mexico merdeka yang berbentuk negara raja berperlembagaan. Sebagai seorang penyokong faham republik yang kuat, beliau menyokong Antonio López de Santa Anna dan menandatangani Plan de Casa Mata, dengan tujuan untuk menggulingkan Maharaja Agustín de Iturbide.

Selepas Maharaja Iturbide digulingkan, Guadalupe Victoria menjadi presiden pertama negara baru. Beliau memilih nama barunya atas alasan perlambangan: Guadalupe untuk mengucapkan terima kasih kepada apa yang dikatakannya perlindungan Lady Guadalupe Kami (Our Lady of Guadalupe), dan Victoria yang membawa pengertian Kemenangan (bahasa Inggeris: Victory).

Dalam tempoh memegang jawatannya, Guadalupe Victoria menghapuskan pengabdian, mengasaskan "Akademi Tentera" (Colegio Militar), memeterai persetiaan diplomatik dengan United Kingdom, dan mengusir para warganegara Sepanyol yang tidak setia kepada kerajaan negara yang baru. Beliau juga merupakan presiden Mexico yang pertama untuk mengulangi Grito de Dolores Miguel Hidalgo.

Guadalupe Victoria meninggal dunia, akibat sawan babi, di Perote, Veracruz pada tahun 1843 dan dikebumikan di bandar tersebut. Pada 25 Ogos 1845, beliau diisytiharkan sebagai Benemérito de la Patria ("Pahlawan Negara") oleh Kongres Mexico. Mayatnya dipindahkan ke makam yang terletak di kaki bukit El Ángel de la Independencia di Bandaraya Mexico pada tahun 1925.

Pada tahun 1992, Mexico membeli kapal USS Pharris (FF-1094) daripada Tentera Laut Amerika Syarikat dan menamainya semula sebagai Guadalupe Victoria.


Didahului oleh
Pedro Celestino Negrete
Nicolás Bravo
Guadalupe Victoria
(interim triumvirate)
Presiden Mexico
18241829
Diikuti oleh:
Vicente Guerrero


Templat:MexPostIndPresidents