Guang (Cina: 光) ialah filem drama Mandarin Malaysia 2018 arahan Quek Shio Chuan. Berdasarkan filem pendek 2011, ia menceritakan seorang pemuda lelaki autistik yang bakatnya tersembunyi. Ia mengisahkan usahanya untuk mencari pekerjaan dan mencari bekas kaca, dan hubungannya dengan adiknya. Ia mendapat sambutan positif dan pujian kritis.

Guang
PengarahQuek Shio Chuan
PenulisQuek Shio Chuan
Dihasilkan olehIsmail Kamarul
Melvin Ang
Chow Chun Son
Ryan Khoo
Dibintangi
  • Kyo Chen
  • Emily Chan
  • Ernest Chong
SinematografiEric Yeong
Disunting olehQuek Shio Chuan
Syarikat
penerbitan
Reservoir Production
Diedarkan olehMM2 Entertainment
Tarikh tayangan
  • 28 November 2018 (2018-11-28) (Malaysia)
  • 15 Mac 2019 (2019-03-15) (Singapura)
  • 13 Jun 2019 (2019-06-13) (Hong Kong)
  • 23 Ogos 2019 (2019-08-23) (Taiwan)
Masa tayangan
88 minit
NegaraMalaysia
BahasaMandarin

Filem ini dikeluarkan pada 13 Jun 2019 di Hong Kong, dan dijadualkan dikeluarkan pada 23 Ogos 2019 di Taiwan.[1][2][3][4]

Sinopsis sunting

Wen Guang (Kyo Chen) seorang lelaki muda yang autistik, dia tidak boleh memberi tumpuan sepenuhnya dan susah bersosial dengan orang lain. Adiknya (Ernest Chong) mahu dia mencari pekerjaan supaya mereka boleh berkongsi beban mereka. Ketika Wen Guang berkali-kali cuba mencari kerja, dia meneruskan hobi rahsianya: mengumpul bekas-bekas kaca dan telahpun menemui bakatnya yang tersembunyi.

Pelakon sunting

  • Kyo Chen sebagai Wen Guang
  • Ernest Chong sebagai adik
  • Emily Chan sebagai Sue Ann

Anugerah dan pencalonan sunting

Festival Filem Malaysia ke-30[5]
  • Filem Terbaik (dicalonkan)
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Ernest Chong (dicalonkan)
  • Pengarah Harapan - Quek Shio Chuan (menang)
  • Pelakon Lelaki Harapan - Kyo Chen (menang)
  • Lakonlayar Terbaik - Quek Shio Chuan (dicalonkan)
  • Sinematografi Terbaik - Yeong Tuck Wei (menang)
  • Cerita Asal Terbaik - Quek Shio Chuan (dicalonkan)
  • Penataan Seni Terbaik - Chan Hsien Yu (dicalonkan)
  • Penyunting Terbaik - Quek Shio Chuan (dicalonkan)

Rujukan sunting

  1. ^ "'Guang' is an award-winning Malaysian film even before it hits cinemas". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-23. Dicapai pada 2019-06-15.
  2. ^ "Malaysian director's debut feature film up for top awards in Asia". South China Morning Post.
  3. ^ "Malaysian film about autism by rookie director up for major awards in Shanghai and Japan". Business Insider Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-24. Dicapai pada 2019-06-15.
  4. ^ "Festive screen picks". The Straits Times.
  5. ^ "Senarai Penuh Pemenang Festival Filem Malaysia Ke-30 FFM30". Sensasi Selebriti. 31 Mac 2019. Dicapai pada 3 April 2019.

Pautan luar sunting