Buka menu utama

Guangzhou[4] (Cina Ringkas: 广州; Cina Tradisional: 廣州; sebutan Kantonis: [kʷɔ̌ːŋ.tsɐ̂u] atau [kʷɔ̌ːŋ.tsɐ́u] (dengar); sebutan Mandarin: [kwàŋ.ʈʂóu] (dengar)) juga dikenali sebagai Canton atau Kwangchow,[5] ialah ibu kota dan bandar terpadat di wilayah Guangdong di selatan China.[6] Ia terletak di Sungai Mutiara, kira-kira 120 km utara membarat laut dari Hong Kong dan 145 km utara dari Makau. Guangzhou telah wujud lebih daripada 2,200 tahun dan merupakan destinasi terakhir Laluan Sutera laut,[7] perlabuhan utama dunia dan juga adalah antara tiga bandar terbesar China.[8]

Guangzhou

广州市
Dari atas: Daerah Perniagaan Pusat Tianhe, Menara Canton & Pagoda Chigang, Jambatan Haizhu, Dewan Peringatan Sun Yat-sen, Patung Lima Kambing, Menara Zhenhai di Taman Yuexiu, dan Gereja Besar Hati Kudus.
Dari atas: Daerah Perniagaan Pusat Tianhe, Menara Canton & Pagoda Chigang, Jambatan Haizhu, Dewan Peringatan Sun Yat-sen, Patung Lima Kambing, Menara Zhenhai di Taman Yuexiu, dan Gereja Besar Hati Kudus.
Lokasi Guangzhou di Guangdong
Lokasi Guangzhou di Guangdong
Koordinat: 23°08′N 113°16′E / 23.133°N 113.267°E / 23.133; 113.267
Negara China
WilayahGuangdong
Kerajaan
 • JenisBandar subwilayah
 • Setiausaha Jawatankuasa Pusat Parti Komunis ChinaRen Xuefeng
 • Datuk BandarChen Jianhua
Keluasan
 • Bandar subwilayah7,434.4 km2 (2,870 batu persegi)
 • Bandar
3,843.43 km2 (1,483.95 batu persegi)
Ketinggian
21 m (68 ft)
Penduduk
(2013)[2]
 • Bandar subwilayah15,000,000
 • Kepadatan2,000/km2 (5,200/batu persegi)
 • Bandar
12,926,800
 • Metro
44,449,738
DemonimKantonis
Zon waktuUTC+8 (Waktu Piawai China)
Poskod
510000
Kod kawasan(0)20
GDP[3]2014
 - Total¥2.3 trilion
$347 bilion ($0.66 trillion, PPP)
 - Per kapita¥158,638
$23,963 ($46,778, PPP)
 - Growth 8.6%
Plat kenderaanA
BungaBombax ceiba
BurungGarrulax canorus
Laman webenglish.gz.gov.cn

Bahagian-bahagian pentadbiranSunting

Guangzhou ialah sebuah bandar raya subwilayah. Ia menguasai lebih sepuluh daerah (区, Qū) dan dua bandar peringkat daerah (市, shi):

Peta # Nama Hanzi Hanyu Pinyin Penduduk
(2008)
Luas (km²) Kepadatan
(/km²)
 
Sentral Guangzhou 3,969,000 326 12,175
1 Daerah Yuexiu 越秀区 Yuèxiù Qū 1,163,000 33 35,242
2 Daerah Liwan 荔湾区 Lìwān Qū 734,000 62 11,839
3 Daerah Haizhu 海珠区 Hǎizhū Qū 923,000 90 10,256
4 Daerah Tianhe 天河区 Tiānhé Qū 1,149,000 141 8,149
Subbandar dalam 2,006,000 1,336 1,501
5 Daerah Baiyun 白云区 Báiyún Qū 1,637,000 825 1,984
6 Daerah Huangpu 黄埔区 Huángpù Qū 197,000 122 1,615
10 Daerah Luogang 萝岗区 Luógāng Qū 172,000 389 442
Luar subbandar 2,373,000 2,167 1,095
7 Daerah Panyu 番禺区 Pānyú Qū 1,495,000 961 1,556
8 Daerah Huadu 花都区 Huādū Qū 729,000 662 1,101
9 Daerah Nansha 南沙区 Nánshā Qū 149,000 544 274
Bandar satelit 1,384,000 3,716 372
11 Zengcheng 增城市 Zēngchéng Shì 827,000 1,741 475
12 Conghua 从化市 Cónghuà Shì 557,000 1,975 262
Jumlah 9,732,000 7,545 1,289

IklimSunting

Guangzhou berada di subtropika lembap dan alami musim tengkujuh atau monsun. Ia dapat banyak sinaran matahari dan hujan. Suhu purata adalah antara 21.4 ke 21.9 °C dan suhu terendah pada musin sejuk adalah kira-kira 10 °C). Musim tengkujuh berlangsung selama enam bulan dan taufan di musim panas membawakan banyak hujan. Kelembapan purata ialah 77 peratus.

SejarahSunting

Bandar raya ini didirikan pada tahun 214 SM. Bandar raya ini berkembang pesat di bawah regim China lama, di mana kuil Buddha tumbuh bercambah dengan kominiti yang lebih padat. Lebih-lebih lagi dengan bantuan dan sokongan dari pedagang Arab dan Hindu. Sempadan bandar diperluas bagi menampung pertumbuhan dan kepadatan penduduk di dalam Dinasti Sung (960-1279) dan imigrasi penduduk selatan China untuk menghindari serangan Mongol dari utara abad 13-14. Dinasti Man Chu memerintah 1644-1911, dan Guangzhou menjadi ibu negeri Guangdong dan Guangxi. EIC mulai berdagang pada 1699, dan Perang Candu I (1839-1842) berakhir apabila penduduk Guangzhou merampas dan menghancurkan candu-candu haram yang diselupkan oleh Inggeris, yang mendorong penggunanya melemahkan pekerja India dan China.

Perang Candu II terjadi di antara Inggeris, Perancis, dan China pada 1856, dan Guangzhou dijajah oleh pihak Inggeris-Perancis sehingga tahun 1861. Pada ketika itu juga permusuhan di dalam dinasti yang berkuasa meletuskan Pemberontakan Tai Ping (1820-1864). Gerakan ini menjadi gerakan bawah tanah selepas kekalahan pertama pemberontak dalam susah payahnya dan kemudian muncul lagi bersama Sun Yat Sen pada 1885.

Pada tahun 1949, setelah penjajahan Jepun di dalam Perang Dunia II, pemerintahan komunis mengambil alih kekuasaan dan pertumbuhan banda raya dan berlanjutan sehingga wujudnya Revolusi Kebudayaan pada 1966-1967.

EkonomiSunting

 
Tianhe CBD pada malam dengan Plaza CITIC

Guangzhou ialah pusat pengeluaran utama Delta Sungai Mutiara, satu daripada kawasan komersial dan pembuatan yang mendahului di tanah besar China. Dalam 2009, KDNK mencecah ¥911.28 bilion (AS $133.5 bilion), per kapita ialah ¥89,498 (AS $13,111).[9]

Zon perindustrianSunting

  • Zon Pemprosesan Export Nansha Guangzhou

Zon telah ditubuhkan pada 2005. Jumlahnya kawasan terancang adalah 1.36 km2 (0.53 bt2).[10] Terletak di Daerah Nansha dan ia menjadi kepunyaan ibu negeri wilayah, Guangzhou. Industri-industri utama digalakkan dalam zon termasuk permasangan kereta, bioteknologi dan industri berat. Terletak dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun Guangzhou dan Pelabuhan Shenzhen.[10]

RujukanSunting

NotaSunting

  1. ^ "土地面积、人口密度(2008年)". Statistics Bureau of Guangzhou. Dicapai 2010-02-08. 
  2. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-16. Dicapai 2019-03-16. 
  3. ^ 2010年广州市国民经济和社会发展统计公报 (dalam bahasa Chinese). Statistics Bureau of Guangzhou. April 7, 2011. Dicapai 2011-05-25. 
  4. ^ "MapMachine". Maps.nationalgeographic.com. Dicapai 2010-05-06. 
  5. ^ "Guangzhou (China)". Encyclopædia Britannica. Accessed 12 September 2010.
  6. ^ "Illuminating China's Provinces, Municipalities and Autonomous Regions". Laman sesawang rasmi PRC Central Government. Diarkibkan dari asal pada 19 Jun 2014. Dicapai 13 Jun 2019.
  7. ^ 海上丝绸之路的三大著名港口 [Tiga pelabuhan terkenal di Laluan Sutera Maritim]. People.cn. Diarkibkan daripada asal 3 Jun 2016. Dicapai 20 Mei 2014.
  8. ^ "Tourism Administration of Guangzhou Municipality". visitgz.com. Diarkibkan daripada asal pada 6 September 2010. Dicapai 13 Jun 2010.
  9. ^ {{http://www.gdstats.gov.cn/tjnj/e3.htm
  10. ^ a b "RightSite.asia". RightSite.asia. Dicapai 2010-05-06. 

Pautan luarSunting