Gudang Kubur
(Dilencongkan dari Gudang Kubur (filem))
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini) |
Gudang Kubur merupakan filem Malaysia arahan Eyra Rahman. Filem seram ini mengandingkan pelakon Faizal Hussein dan Nora Danish sebagai watak utama.
Gudang Kubur | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | Eyra Rahman |
Penerbit | Jane Lim |
Penulis | Rizuan Mat Nor |
Dibintangi oleh | Faizal Hussein Nora Danish Atikah Suhaime Niezam Zaidi Along Eyzendy Epy Kodiang Pablo Amirul |
Syarikat penerbitan | Mangkin Prestij Sdn Bhd |
Pengedar | Metrowealth Movies Production |
Mula ditayangkan | 12 Februari 2015 |
Tempoh tayangan | 87 Minit |
Negara | ![]() |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
SinopsisSunting
Filem Gudang Kubur mengisahkan pasangan suami isteri Anwar dan Zarra yang mengalami pelbagai kejadian mistik selepas membeli sebuah gudang untuk perniagaan jubinnya. Anuar, seorang tauke gudang tidak menyangka dia menjalankan perniagaan di atas tanah kubur. Mereka tidak menduga bahawa gudang tersebut menyembunyikan satu rahsia sehingga menimbulkan konflik dalam rumah tangga. Kehadiran pasangan ini juga tidak disenangi ‘sesuatu’ yang sekian lama mendiami gudang kosong itu. Mereka mula mengalami pelbagai gangguan mistik yang akhirnya mengakibatkan rumah tangga mereka goyah.
PelakonSunting
- Faizal Hussein - Anwar
- Nora Danish - Zarra
- Niezam Zaidi
- Along Eyzendy - Atan
- Atikah Suhaime
- Pablo Amirul
- Epy Kodiang - Ali