Gugusan FELDA Bukit Rokan

Gugusan FELDA Bukit Rokan merupakan salah satu kawasan tanah rancangan di Negeri Sembilan, Malaysia. Ia terletak di bawah FELDA Wilayah Raja Alias. Gugusan FELDA Bukit Rokan terletak dalam daerah Tampin dan terletak dalam kawasan DUN Gemencheh. Gugusan ini merangkumi tiga kawasan tanah rancangan iaitu FELDA Bukit Rokan (di bahagian timur), FELDA Bukit Rokan Utara dan FELDA Bukit Rokan Barat.

Gugusan FELDA Bukit Rokan
Wilayah Raja Alias
Gugusan tanah rancangan
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriNegeri Sembilan Negeri Sembilan
DaerahNegeri Sembilan Daerah Tampin
MukimNegeri Sembilan Mukim Air Kuning
Dibuka1969 (Utara)
1979 (Barat)
Diduduki1972 (Utara)
1985 (Barat)
Tanah rancangan
3 tanah rancangan
  • FELDA Bukit Rokan
  • FELDA Bukit Rokan Utara
  • Felda Bukit Rokan Barat
Kerajaan
 • Pengarah FELDA WilayahSaifullah Mat Nor
Poskod
73300 Gemencheh

FELDA Bukit Rokan Utara diteroka pada tahun 1969 dan mula didiami pada tahun 1972. FELDA Bukit Rokan Barat pula dibuka pada tahun 1979 dan mula didiami pada tahun 1985.

Demografi sunting

Keadaan tanah pamah yang subur menggalakkan peneroka menjalankan aktiviti pertanian seperti tanaman kelapa sawit dan getah. Ia merupakan sebuah perkampungan pertanian separa moden dan didiami oleh penduduk berbilang bangsa. Lokasi kampung ini adalah strategik dengan kedudukannya yang bersempadan dengan tiga daerah iaitu Tampin, Jempol dan Kuala Pilah.

Infrastruktur sunting

Kampung ini juga turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan desa, sekolah rendah dan menengah, gelanggang futsal, masjid dan klinik desa.

Sekolah sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting