Gula-gula jenis keras berwarna-warni.

Gula-gula (Mal., Sin.), kandi ataupun permen (Ind.), ialah suatu konfeksi yang dihasilkan menggunakan gula sebagai bahan asas selain air, dan sirup fruktosa.[1]

JenisSunting

Gula-gula dikelaskan mengikut bentuk dan tekstur rasa apabila ia dimasukkan ke dalam mulut:

Manisan berasaskan coklat juga adakalanya dikira sebagai gula-gula.

PembuatanSunting

Gula dilarutkan dalam air atau susu, penambah perisa dan pewarna membentuk suatu sirap yang dididihkan sehingga mencapai suatu ketepuan dikehendaki mahupun mengkaramel.

Tekstur gula-gula sangat ditentukan oleh berapa lama campuran bahan dididihkan, suhu pendinginan serta cara adunan yang cair ini diolah setelah ia didinginkan.[1] Bila campuran gula dipanaskan, ada beberapa tahap yang khas, yaitu 116 °C tahap bola-lembut, 132 °C tahap bola-keras, 150-155 °C kertakan keras.[1] Tahap dalam proses pembuatan permen adalah sebagai berikut:[2]

Tahap Suhu dalam °C Suhu dalam °F Konsentrasi
thread (contoh: sirap) 110–111 °C 230–233 °F 80%
bola-lembut (soft ball, contoh: gula-gula) 112–115 °C 234–240 °F 85%
bola-rapat (firm ball, contoh: gula-gula karamel) 118–120 °C 244–248 °F 87%
bola-keras (hard ball, contoh: nugat) 121–130 °C 250–266 °F 92%
kertakan lembut 132–143 °C 270–290 °F 95%
kertakan keras 146–154 °C 295–310 °F 99%
cecair bening 160 °C 320 °F 100%
cecair perang (contoh: karamel) 170 °C 338 °F 100%
gula yang hangus habis 177 °C 350 °F 100%

KesihatanSunting

Kandungan gula tinggi dalam gula-gula menjadikan ia suatu makanan berkalori tinggi.

Tingginya kadar gula dalam manisan ini mengalakkan pembentukan jenis bakteria tertentu seperti Streptococcus mutans yang menguraikan sisa gula sambil merembes asid-asid yang menghakis enamel pada gigi sehingga berlubang akibat karies gigi jika tidak dibersihkan selalu.[1][3][4] Kebarangkalian dan risiko ini meningkat dengan adanya asid tambahan dalam perisa gula-gula.[4]

Bentuk gula-gula keras yang kecil boleh menyebabkan anak-anak tercekik saluran udara sehingga boleh membawa maut jika tidak diambil dengan berhati-hati.[5]

RujukanSunting

  1. ^ a b c d 'permen'. Ensiklopedi Nasional Indonesia. Bekasi: Delta Pamungkas. 2004. m/s. 336. ISBN 979-9327-00-8.
  2. ^ (Inggeris) The Cold Water Candy Test, Exploratorium; Sugar Syrup Chart at Baking911
  3. ^ "Maintaining and improving the oral health of young children". Pediatrics. 134 (6): 1224–1229. December 2014. doi:10.1542/peds.2014-2984. ISSN 1098-4275. PMID 25422016.
  4. ^ a b "Delivering better oral health: an evidence-based toolkit for prevention" (PDF). Public Health England. June 2014. Petikan journal memerlukan |journal= (bantuan)
  5. ^ Roach, Mary (26 March 2013). "The Marvels in Your Mouth". The New York Times. Dicapai pada 28 Mac 2013.

Pautan luarSunting