Gula kapas, alusmitai atau halwa rambut adalah sejenis manisan pelbagai warna yang diperbuat daripada gula cair yang diempar berpintal membentuk suatu pepejal halus dengan tekstur lembut seumpama kapas. Ia lazim dijual di banyak acara keramaian (misalnya karnival atau pasar malam) sama ada berbatang mahupun dibungkus.

Bungkusan gula kapas yang dijual

Makanan ini pertama kali diperkenalkan pada 1904 oleh William Morrison dan John C. Wharton di St. Louis World's Fair dengan nama "Fairy Floss" (benang dongeng)[1] dengan kejayaan besar. Mereka berjaya menjual 68,655 kotak dengan harga yang agak mahal ketika itu, iaitu AS$0.25, atau separuh daripada harga tiket masuk ke acara pameran tersebut.

Pembuatan sunting

 
Seorang[pautan mati kekal] wanita membuat gula kapas di suatu taman permainan

Gula kapas dihasilkan menggunakan suatu mesin khas. Bahagian tengah mesin ini terdiri daripada sebuah bekas kecil yang dimasukkan gula dan pewarna makanan. Pemanas di tepi bekas itu mencairkan gula sebelum cairan gula ini diemparkan melalui lubang-lubang kecil yang disemperitkan - bahagian pemicit ini berpusing pada 3,450 pusingan seminit.[1]

Benang-benang halus gula keluar dari lubang-lubang ini yang mengeras saat terdedah kepada udara dan terkumpul pada sebuah bekas logam yang besar. Operator mesin memutar-mutar sebatang kayu kecil atau kon kertas (orang yang lebih berpengalaman biasanya menggunakan tangan mereka sendiri) sekeliling tepi bekas besar untuk mengumpulkannya.

Gula kapas cepat cair di dalam mulut malah juga boleh melekit apbila terkena wap air. Sifat higroskopi gula yang turut mempunyai ruang permukaan sangat luas akan menyebabkan jadi makin kasar, keras, dan biasanya tidak begitu halus lagi setelah terdedah kepada atmosfera. Dalam cuaca yang lembap, gula kapas wajar dimakan segera dalam beberapa jam, atau ia akan mengeras sepenuhnya.

Rujukan sunting

  1. ^ Venzon, Christine (December 3, 2009). "How Stuff Works Inc. "Cotton Candy Machines and Marketing Today." Howstuffworks.com. Web. 14 Sept. 2011". Science.howstuffworks.com. Dicapai pada November 30, 2011.
  • "Spun Heaven," Bruce Feiler, Gourmet, Februari 2000

Pautan luar sunting