Gulbuddin Hekmatyar

Gulbuddin Hekmatyar adalah seorang pemimpin dari kalangan Mujahidin Afghanistan. Beliau ialah bekas Perdana Menteri Afghanistan. Beliau sedang dicari oleh Amerika Syarikat kerana mengambil bahagian dalam pemberontakan di Afghanistan dalam melawan pemerintahan baru Presiden Hamid Karzai. Hekmatyar mampu menguasai beberapa bahasa, termasuklah Bahasa Inggeris, selain itu beliau dilaporkan bahawa memiliki 2 isteri, dan banyak anak dan cucu.

Beliau juga pernah menjadi komando militer pemberontak ketika Perang Soviet-Afghanistan, beliau telah melawan dengan harapan Uni Soviet dapat berundur keluar lebih awal dari Afghanistan. Natijahnya, setelah mundurnya Uni Soviet, beliau telah menjadi Perdana Menteri pada tahun 1990 dan terlibat dalam perang sipil di negara itu pada tempoh waktu yang sama.

Pada tanggal 19 Februari 2003, Amerika Syarikat telah menyenarai hitamkan parti pimpinan Gulbuddin Hekmatyar, iaitu Hezbi Islami kedalam sistem mereka sebagai parti pengganas.[1]

Pautan luar sunting

Referensi sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-03-07. Dicapai pada 2003-03-07.