Guncak[1] atau kuncor putih ialah sejenis tumbuhan dari famili Phyllanthaceae. Buah mentahnya boleh dibuat ulam dengan makan bersama sambal belacan. Manakala pucuknya boleh dimakan mentah atau dicelur terlebih dahulu kemudian dicecah dengan sambal belacan, budu, cencaluk atau cecahan lain. Rasanya masam-masam manis.

Guncak
ݢونچق
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Antidesma
Spesies:
A. ghaesembilla
Nama binomial
Antidesma ghaesembilla

Ciri-ciri botani sunting

Pokok bersaiz sederhana dengan ketinggian boleh mencecah 5 meter.

  • Batang: Batang berwarna coklat keperangan.
  • Daun: Daun tunggal, berbentuk bulat bujur dengan hujung daun berbentuk bulat, tepi licin, urat daun jelas, tangkai daun sederhana pendek, berwarna hijau tua.
  • Bunga: Bunga majmuk, kecil, putih, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari hujung daun dan celah ketiak daun.
  • Buah: Buah kecil, bulat, berwarna hijau muda semasa muda dan bertukar ke warna ungu kehitaman setelah masak. Terdapat biji di dalamnya.

Khasiat sunting

Daunnya mengandungi serat, karbohidrat, air, kalium, zink, zat besi, alkaloid, protein, mineral dan vitamin.[perlu rujukan]

Ia dikatakan dapat merawat kurang selera makan, sembelit, buasir, dan bagi awet muda.[perlu rujukan]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting