"Gundah" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Ernie Zakri dan dikeluarkan pada 13 Disember 2019 oleh Rocketfuel Entertainment. Lagu ini ialah hasil ciptaan Ernie sendiri bersama Sharon Paul.[1][2] Ia juga menjadi OST drama Syurga Untukmu yang bersiaran di TV3.

"Gundah"
Single oleh Ernie Zakri
Dilancarkan pada
  • 13 Disember 2019 (single)
  • 27 Mac 2020 (muzik video)
FormatMuat turun digital, media penstriman
GenrePop
Panjang4:03 minit
SyarikatRocketfuel Entertainment
PenulisErnie Zakri, Sharon Paul
PenerbitErnie Zakri, Sharon Paul
Kronologi Kronologi single Ernie Zakri
""Sinar Mata Hati"
(2019)"
"Gundah" ""Boneka"
(2020)"
"Gundah" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang sunting

Menurut Ernie Zakri, "Gundah" ditujukan khas untuk arwah datuk dan nenek beliau, Haji Mohamed dan Hajah Rukiah.[1][3] Ia berkisarkan percintaan dua insan hingga hujung nyawa dan menggambarkan penderitaan seorang lelaki (datuknya) yang menderita akibat kematian wanita (neneknya) yang dicintai.[1][4][5]

Julat vokal Ernie Zakri dalam lagu ini merangkumi not A#3 hingga G5 iaitu sebanyak 1 oktaf 6 not dan 1 semiton dan memerlukan kawalan vokal yang eksklusif. Lagu ini dihasilkan dalam key E minor.

Muzik video sunting

Muzik video rasmi "Gundah" dikeluarkan pada 27 Mac 2020 di saluran YouTube rasmi Rocketfuel Network dan dibintangi oleh Zamarul Hisham dan Fazlina Ahmad Daud.[6] Sejak pelancarannya, muzik video "Gundah" berjaya meraih 200,000 tontonan di YouTube, ia menjadi muzik video terakhir Ernie sebelum beliau mengenakan hijab.[7]

Format dan senarai runut sunting

Muat turun digital[8]
  1. "Gundah" – 4:03

Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 13 Disember 2019 Muat turun digital[8]
Media penstriman[9]
Rocketfuel Entertainment

Carta sunting

Carta (2020) Kedudukan
carta
Carta RIM (Domestik)[10] 7
Carta RIM (International and Domestic)[11] 7

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Budiey (17 Disember 2019). "Kisah cinta datuk dan nenek Ernie dalam lagu Gundah". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 September 2020.
  2. ^ "Gundah single terbaru Ernie Zakri". Hot FM. 18 Disember 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-27. Dicapai pada 20 September 2020.
  3. ^ "Ernie Zakri abadikan kisah cinta datuk dan nenek dalam Gundah". Kopiplanet. 25 Disember 2019. Dicapai pada 20 September 2020.
  4. ^ "Ernie Zakri hadiahkan lagu istimewa buat datuk dan nenek". XTRA. 18 Disember 2019. Dicapai pada 20 September 2020.
  5. ^ Asraf Adied (12 Disember 2019). "Ernie Zakri cerita kisah percintaan datuk dan nenek menerusi lagu sweetnya". Astro Gempak. Dicapai pada 20 September 2020.
  6. ^ Nannie Isa (5 April 2020). "Gundah dari Ernie Zakri menceritakan kesetiaan antara dua insan". Kitepunye. Dicapai pada 20 September 2020.
  7. ^ Farihad Shalla Mahmud (27 Mac 2020). "Itu masa saya belum berhijab". Berita Harian. Dicapai pada 20 September 2020.
  8. ^ a b "Gundah - Single by Ernie Zakri". iTunes (MY). 13 Disember 2019. Dicapai pada 20 September 2020.
  9. ^ "Gundah - Single by Ernie Zakri". Spotify. 13 Disember 2019. Dicapai pada 20 September 2020.
  10. ^ RIM (30 Julai 2020). "RIM CHARTS Top 10 Most Streamed Domestic Singles in Malaysia". RIM.org.my. Dicapai pada 17 September 2020.
  11. ^ RIM (13 Ogos 2020). "RIM CHARTS Top 20 Most Streamed International and Domestic Singles in Malaysia". RIM.org.my. Dicapai pada 17 September 2020.

Pautan luar sunting