Mobile Suit Gundam Seed Destiny

Sebuah anime dari tahun 2004
(Dilencongkan dari Gundam Seed Destiny)

Mobile Suit Gundam Seed Destiny ataupun sebagai Mobile Suit Gundam SEED Destiny ( Bahasa Jepun : 機動戦士ガンダムシードデスティニー ; dibaca : Kidou Senshi Gandamu Shiido Desutinii ; singkatan : "Gundam Seed Destiny" ataupun "Gundam SEED Destiny" ) adalah sebuah anime dari tahun 2004 yang bersetting di sebuah dunia rekaan pada era kalendar "Cosmic Era".

Seorang cosplay sebagai watak cereka Meer Campbell daripada anime "Mobile Suit Gundam Seed Destiny"

Anime ini dibuat oleh Sunrise dan ditayangkan di Jepun oleh MBS dan TBS pada hari Sabtu, jam 18:00 petang, dari 09 Oktober 2004 hingga 01 Oktober 2005.

Di Malaysia, ia ditayangkan oleh TV2 pada hari Sabtu dan Ahad, jam 09:30 pagi, dari tahun 2005 hingga tahun 2006.

Plot sunting

Cerita ini bermula pada era kalendar Cosmic Era tahun ke 73, 2 tahun selepas tamat cerita Mobile Suit Gundam Seed, sama tahun dengan anime terbitan turunan anime ini, "Mobile Suit Gundam Seed Stargazer".

Lagu sunting

Pembuka sunting

  1. T.M.Revolution : "Ignited"
  2. High And Mighty Color : "Pride"
  3. Takahashi Hitomi : "Bokutachi No Yukue (僕たちの行方)"
  4. CHemistry : "Wings Of Worlds"
  5. T.M.Revolution : "Vestige" (HD Remaster ; menggantikan "Wings Of Worlds")

Menyisip sunting

  1. Lacus Clyne (cv: Tanaka Rie) : "Fields Of Hope"
  2. Lacus Clyne (cv: Tanaka Rie) : "Mizu No Akashi (水の証)"
  3. Meer Campbell (cv: Tanaka Rie) : "Quiet Night"
  4. Kuwashima Houko : "Shinkai No Kodoku (深海の孤独)"
  5. T.M.Revolution : "Meteor"
  6. T.M.Revolution : "Vestige"
  7. FictionJunction : "Honoo No Tobiba (焔の扉)"
  8. Meer Campbell (cv: Tanaka Rie) : "Emotion"

Penutup sunting

  1. Tamaki Nami : "Reason"
  2. Tamaki Nami : "Result" (HD Remaster)
  3. Arisaka Mika : "Life Goes On"
  4. Komine Lisa : "Tears" (HD Remaster)
  5. Rie fu : "I Wanna Go to a Place..."
  6. See-Saw : "Kimiwa Bokuni Niteiru (君は僕に似ている)"
  7. High And Mighty Color : "Enrai ~Tookuni Aru Akari~ (遠雷 ~遠くにある明かり~)" (HD Remaster)

Pengeluaran sunting

Tv Asal sunting

Versi Tv yang asal ini ada jumlah 50 episod, anime ini diarahkan oleh Fukuda Mitsuo, disertai oleh isterinya dan juga pencipta "Cosmic Era" Morosawa Chiaki sebagai penulis utama dengan Sahashi Toshihiko sebagai ketua muzik.[1]

Anime ini ditayangkan di Jepun oleh MBS dan TBS pada hari Sabtu, jam 18:00 petang, dari 09 Oktober 2004 hingga 01 Oktober 2005.

Di Malaysia, ia dipersembahkan oleh Apollo untuk ditayangkan oleh TV2 pada hari Sabtu dan Ahad, jam 09:30 pagi, dari tahun 2005 hingga tahun 2006.

Final Plus sunting

Final Plus: The Chosen Future telah ditayangkan pada 25 Disember 2005 [2].

Ia merupakan versi baru kepada episod 50, dengan beberapa perubahan kepada jalan cerita, pertempuran yang dipanjangkan, serta sebuah epilog telah ditambahkan untuk anime ini.

Special Edition sunting

Mobile Suit Gundam Seed Destiny Special Edition dikeluarkan dari 26 Mei 2006 [3] hingga 23 Februari 2007 [4].

Versi ini mempunyai 4 episod yang telah "dikecilkan" daripada versi Tv yang asal dengan beberapa perubahan kepada jalan cerita, pertempuran yang dipendekkan, serta sebuah epilog dari Final Plus yang sebelumnya.

HD Remaster sunting

Mobile Suit Gundam Seed Destiny HD Remaster telah ditayangkan di Jepun oleh Bs11 dan Tokyo MX dari 07 April 2013 hingga 16 Mac 2014.

Versi ini menggunakan Tv Asal sebagai asas dan "memotong" nisbah aspeknya dari 4:3 ke 16:9, ia mengabaikan jalan cerita dari Special Edition tetapi menggunakan imej dan muzik barunya.

Episod 41 yang asal telah dibuangkan dan terus digantikan oleh episod 42 yang lama. Final Plus telah dibahagikan kepada 2 bahagian dan menjadi episod 49 dan episod 50 yang baru.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting