Günther Korten

(Dilencongkan dari Gunther Korten)

Günther Korten (26 Julai 1898 – 22 Julai 1944) adalah seorang Kolonel Jeneral Jerman dan Ketua Staf Am Luftwaffe dalam Perang Dunia II. Beliau meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya dalam percubaan membunuh Adolf Hitler pada Julai 1944.

Günther Korten
Korten, berpangkat Kolonel, pada September 1939
Kelahiran26 Julai 1898
Cologne, Empayar Jerman
Meninggal dunia22 Julai 1944(1944-07-22) (umur 45)
Wolfsschanze, Rastenburg, Prusia Timur, Jerman Nazi
Kesetiaan Jerman Nazi
PerkhidmatanLuftwaffe
Tahun perkhidmatan1914–44
Pangkat Generaloberst
ArahanKetua Staf Am Luftwaffe
PertempuranPerang Dunia I
Perang Dunia II
AnugerahKnight Cross of the Iron Cross

Biografi sunting

Kehidupan awal sunting

Korten telah dilahirkan di Cologne sebagai anak kepada arkitek Hugo Korten (1855–1931) dan isterinya Marie Korten (1866–1942). Pada permulaan Perang Dunia I beliau adalah seorang kadet dalam Tentera Darat Prusia. Beliau bertugas sepanjang perang dalam sebuah batalion jurutera. Selepas perang beliau meneruskan kerjaya tenteranya dalam bidang kejuruteraan, sehingga beliau dipilih pada tahun 1928 untuk menyertai program latihan juruterbang rahsia di Soviet Union. Sekembalinya ke Jerman Weimar beliau menyertai "Bildstelle Berlin".

Perang Dunia II sunting

Korten memasuki Luftwaffe pada tahun 1934 sewaktu Jerman Nazi memulakan program persenjataan semulanya. Beliau menerima latihan sebagai pegawai staf am dan bertugas selama beberapa tahun dalam Kementerian Udara. Beliau merupakan Kolonel dan Ketua Staf Am Luftflotte 4 (Armada Udara Ke-4) yang berpangkalan di Austria.

Pada permulaan tahun 1940, Korten telah ditukarkan ke staf am Luftflotte 3 (Armada Udara Ke-3), yang mana beliau berkhidmat semasa Pertempuran Perancis dan dalam Pertempuran Britain. Pada 19 Julai beliau dinaikkan pangkat ke Brigedier Jeneral. Pada Januari 1941 beliau ditukarkan kembali ke Armada Udara Ke-4, untuk menyertai Kempen Balkan dan serangan ke atas Soviet Union (Operasi Barbarossa). Pada Ogos 1942 beliau dinaikkan pangkat ke Mejar Jeneral dan mengambil alih pemerintahan I. Fliegerkorps, yang bertempur di sektor selatan Medan Timur dan buat sementara dipindahkan ke "Luftwaffenkommando Don" semasa Pertempuran Stalingrad.

Pada permulaan tahun 1943 Korten dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral dan pada musim panas menggantikan Alfred Keller sebagai Panglima Luftflotte 1 (Armada Udara 1). Beberapa minggu kemudian, pada 25 Ogos beliau menerima jawatan Ketua Staf Am Luftwaffe, selepas penyandang terdahulu Jeneral Hans Jeschonnek membunuh diri.

Kematian sunting

 
Upacara pengebumian di Tannenberg

Korten cedera parah di Wolfsschanze berhampiran Rastenburg semasa Plot 20 Julai pada 1944, dimana Kolonel Claus von Stauffenberg cuba membunuh Hitler dengan bom. Dua hari selepas cubaan bunuh itu beliau meninggal dunia akibat kecederaannya di hospital tentera yang disangkutkan ke markas Führer. Seperti mangsa-mangsa korban yang lain Rudolf Schmundt dan Heinz Brandt beliau dinaikkan pangkat selepas kematian, dalam kes ini ke Kolonel Jeneral (jeneral penuh).

Pada asalnya, Korten dikebumikan di Memorial Tannenberg.[1] Beliau telah dikebumikan semula di tanah pekuburan Friedhof Bergstraße di Steglitz, Berlin. Kuburnya hingga kini masih wujud.

Tarikh kenaikkan pangkat sunting

Anugerah kebesaran sunting

Rujukan sunting

Petikan sunting

  1. ^ German Newsreel No. 726, 1944-08-02 (Video di YouTube)
  2. ^ Patzwall
  3. ^ Scherzer 2007, p. 467.

Bibliografi sunting

  • Patzwall, Klaus D.; Scherzer, Veit (2001). Das Deutsche Kreuz 1941 – 1945 Geschichte und Inhaber Band II (dalam bahasa German). Norderstedt, Germany: Verlag Klaus D. Patzwall. ISBN 978-3-931533-45-8. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Militaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
Pegawai tentera
Didahului oleh
tiada
Panglima Luftwaffenkommando Don
26 Ogos 1942 – 17 Februari 1943
Diikuti oleh:
tiada
Didahului oleh
Generaloberst Alfred Keller
Panglima Luftflotte 1
12 Jun 1943 – 23 Ogos 1943
Diikuti oleh:
General Kurt Pflugbeil
Didahului oleh
Generaloberst Hans Jeschonnek
Ketua Staf Am Luftwaffe
4 September 1943 – 22 Julai 1944
Diikuti oleh:
General der Flieger Werner Kreipe