Gunting bin Lagadan

Gunting bin Lagadan ialah seorang malim gunung terawal Gunung Kinabalu yang berbangsa Dusun dari Bundu Tuhan. Gunting bersama Lemaing merupakan orang Dusun pertama yang membawa Hugh Low, Setiausaha Jajahan Mahkota Labuan pada pertengahan 1800-an.[1] John Whitehead, ahli zoologi yang menemui dua spesies burung Kinabalu merupakan orang yang pertama sampai ke puncak pada tahun 1888 berdasarkan rekod rasmi. Walau bagaimanapun, Gunting dikatakan oleh orang tempatan sebenarnya orang pertama sampai ke puncak dan orang pertama yang membuat jejak untuk pendaki gunung.[2] Beliau merupakan malim gunung berdaftar yang pertama pada tahun 1964.[3]

Gunting Lagadan
Kelahiran
Meninggal dunia1996
WarganegaraMalaysia
PekerjaanMalim gunung
Terkenal keranaOrang terawal dan malim gunung pertama mendaki Gunung Kinabalu
PasanganTubong Lagadan
Anak-anakGunsalaam Gunting

Legasi sunting

Sebuah pondok penginapan dibina sempena nama beliau berdekatan dengan puncak Gunung Kinabalu namun rosak dan diganti akibat gempa bumi 6 skala Richter pada tahun 2015.[4] Beliau diberi penghormatan dengan papan tanda berdekatan dengan puncak Gunung Kinabalu atas sumbangannya.[5] Ramai orang Kadazandusun mengikuti jejak langkah beliau berpengalaman pernah menjadi malim gunung atau porter.

Rujukan sunting

  1. ^ Widiyanto, Nur (Disember 2019). "Tourism Development and the New Path of Migration in Sabah, Malaysia" [Pembangunan Pelancongan dan Laluan Baru Penghijrahan di Sabah, Malaysia]. Borneo Research Journal (dalam bahasa Inggeris). 13 (1): 81–97. doi:10.22452/brj.vol13no1.5. eISSN 2600-8645. ISSN 1985-5443. Dicapai pada 27 Mei 2020.
  2. ^ "New signboards to honour earliest Kinabalu climbers" [Pendaki terawal Kinabalu dipuji]. Daily Express (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). 7 Disember 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-27. Dicapai pada 27 Mei 2020.
  3. ^ Parton, Charles W. (2008). The Fork Once Taken: From the British Crown Colony [Garpu yang Telah Diambil: Daripada Jajahan Mahkota British] (dalam bahasa Inggeris). Baltimore: PUBLISHAMERICA. ISBN 1-60610-087-4. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-27. Dicapai pada 27 Mei 2020.
  4. ^ Miwil, Olivia (3 April 2019). "Mount Kinabalu's new hostels to accommodate more climbers" [Asrama baru Gunung Kinabalu menampung lebih ramai pendaki]. New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-27. Dicapai pada 27 Mei 2020.
  5. ^ Lee, Stephanie (6 Disember 2015). "Earliest Kinabalu climbers lauded" [Pendaki terawal Kinabalu dipuji]. The Star (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-27. Dicapai pada 27 Mei 2020.