Gunung Banang merupakan sebuah gunung yang terletak di Daerah Batu Pahat, Johor, Malaysia. Ia terletak berhampiran dengan bandar Batu Pahat.[1] Puncak Gunung Banang terletak pada ketinggian 432.38 meter dari paras laut itu dan popular sebagai kawasan rekreasi orang ramai untuk berjoging dan mendaki, selain mempunyai pemandangan indah menghadap Selat Melaka[2].

Dalam budaya masyhur sunting

Lagu sunting

Lagu asli Gunung Banang pernah dipopularkan biduanita Malaysia, Sharifah Aini, memuatkan kisah betapa gunung itu digambarkan menjulang tinggi ke langit, sekali gus menjadi simbol penting kepada pelayar yang melewati Selat Melaka[2][3].

Filem sunting

Dalam filem klasik Puteri Gunong Banang terbitan Malay Film Production Limited pula, Gunung Banang digambarkan kawasan pergunungan indah didiami seorang puteri bunian jelita, Puteri Gunung Banang yang membantu seorang pemuda hodoh dan miskin menjadi kacak serta kaya kerana hatinya yang baik, jujur dan rajin[2].

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ (Melayu) Puteri Gunung Banang tarik pelayar singgah Batu Pahat
  2. ^ a b c Mohamed Farid Noh (Mac 8, 2016). "Puteri Gunung Banang tarik pelayar singgah Batu Pahat". BHarian. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  3. ^ OldToad63 (17 September 2011). "GUNUNG BANANG - SHARIFAH AINI". YouTube. Dicapai pada 25 Januari 2022.

Pautan luar sunting