Gunung Besar (Johor)

Gunung Besar yang terletak di Daerah Segamat, Johor, Malaysia mempunyai ketinggian setinggi 1035 meter (3,398 kaki). Gunung Besar terletak berhampiran dengan Gunung Cabang Tiga.[1]

Gunung Besar
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Titik tertinggi
Ketinggian1,240 m (4,070 ka)
Geografi
LokasiSegamat, Johor, Malaysia

Gunung Besar mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Puncak Gunung Besar adalah penanda sempadan di antara Pahang dan Johor. Sesuai untuk didaki kepada penggemar kaki gunung Malaysia

Mitos/Lagenda sunting

Dikatakan bahawa pada suatu ketika dahulu terdapat seorang puteri kayangan bernama Dayang Tuarang yang mempunyai tubuh yang panas. Dayang Tuarang sangat teringin untuk turun ke bumi tetapi selalu dihalang oleh ayahandanya. Apabila beliau turun di bumi, haba dari tubuhnya menyebabkan kemarau lalu aliran sungai yang deras dari Gunung Besar menjadi mengecil seperti sehelai rotan segemas. Lalu tempat ini dipanggil “SELAI” yang terletak dalam Mukim Labis. [2]

Rujukan sunting