Gunung Bintang
Gunung Bintang ialah sebuah gunung yang menjadi titik sempadan antara negeri Kedah dan negeri Perak, Malaysia. Tingginya 1,862 meter dari aras laut.[1] Ia merupakan sebahagian daripada gunung dalam deretan Banjaran Bintang yang menganjur dari Selatan Thailand. Pun begitu, puncak Gunung Bintang terletak di dalam sempadan negeri Kedah.
Gunung Bintang | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 1,862 m (6,109 ka) |
Tonjolan | 1,570 meter (5,150 ka) |
Geografi | |
Lokasi | Daerah-daerah Kulim dan Baling, Kedah Daerah-daerah Hulu Perak dan Larut, Matang dan Selama, Perak |
Induk banjaran | Banjaran Bintang |
Gunung Bintang merupakan sebahagian dari banjaran Gunung Bintang yang mengunjur dari sempadan Malaysia-Thailand sehingga ke Taiping di selatan. Dari segi geografi nya puncak Gunung Bintang merupakan batu sempadan t bagi daerah di dua negeri.Ini bermakna sekira pengunjung berjaya sampai ke kemuncaknya, maka mereka telah berada di Daerah Baling dan Daerah Kulim di negeri kedah dan Daerah Ulu Perak dan Daerah Selama di negeri perakk pada suatu masa yang sama.[2]
Antara gunung dan bukit lain yang lebih rendah, Banjaran Bintang merangkumi:
- Bukit Bokbak (1,199 m);
- Gunung Bintang ( 1,862 m);
- Gunung Bintang Selatan ;
- Gunung Bintang Utara ;
- Gunung Inas (1,801 m);
- Gunung Bubu (1,657 m);
- Gunung Ulu Jernih (1,577 m).
Gunung Bintang mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.untuk mendaki boleh melalui kampung sedim yang terletak di daerah Kulim, Kedah. Pun begitu, mestilah mendapatkan permit dan penunjuk arah tempatan. Penunjuk arah dan aktiviti sampingan seperti white water rafting turut ditawarkan.[3]
RujukanSunting
- ^ Elephant ramble in Kedah's Gunung Bintang
- ^ "Puncak Gunung Bintang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-20. Dicapai pada 2017-08-07.
- ^ Cabaran kental : Gunung Bintang