Gunung Berinchang

(Dilencongkan dari Gunung Brinchang)

Gunung Berinchang merupakan sebuah gunung yang terletak di Tanah Tinggi Cameron, Pahang, berdekatan dengan sempadan negeri Perak.[1] Mempunyai ketinggian setinggi 2,032 meter (6,664 kaki), Ia merupakan puncak kedua tertinggi di Tanah Tinggi Cameron dan juga gunung tertinggi yang boleh diakses menggunakan kenderaan. Ia terletak bersebelahan dengan gunung Irau.[2]

Gunung Berinchang
Titik tertinggi
Ketinggian2,032 m (6,667 ka)
Geografi
Gunung Berinchang is located in Bumi
Gunung Berinchang
Gunung Berinchang (Bumi)
LokasiDaerah Cameron Highlands, Pahang
Daerah Kampar, Perak
Induk banjaranBanjaran Titiwangsa
Dilihat dari Kampung Taman Sedia, berhampiran Tanah Rata

Terdapat sebuah stesen radio di atas puncak gunung ini.

Akses sunting

Jalan masuk ke sana melalui Ladang Teh Blue Valley. Ada jalan tar menuju ke puncak.

Jenis hutan sunting

Gunung Berinchang mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Permohonan permit sunting

Gunung Berinchang di negeri Pahang sering menjadi tumpuan kepada aktiviti pendakian di kalangan pendaki dan ia terletak dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Pahang. Bagi menjalankan sebarang aktiviti dalam Hutan Simpanan Kekal, setiap pengunjung perlu mendapatkan permit memasuki Hutan Simpanan Kekal terlebih dahulu dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Permohonan permit boleh dibuat secara online di url http://forestry.pahang.gov.my/ekorimba[pautan mati kekal]. Sila muat turun Manual Pengguna terlebih dahulu dan membaca Panduan Menggunakan Sistem sebelum membuat permohonan online. Perkhidmatan bayaran secara online adalah tidak disediakan. Bayaran permit hendaklah disediakan dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dan diserahkan kepada PHD Cameron Highlands sebelum pendakian dan pada hari dan waktu berkerja.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "17 anak muda teruskan perjuangan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-07. Dicapai pada 2017-08-07.
  2. ^ The Malaysian Forester, Volumes 60-61
    Officers of the Forest Department, Malaysia., 1997 - Forests and forestry
  3. ^ "Permohonan Mendaki Gunung Jabatan Perhutanan Negeri Pahang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-04. Dicapai pada 2017-08-12.

Pautan luar sunting