Gunung Cheroh terletak di Ipoh, negeri Perak, Malaysia. Di kaki gunung ini terdapat gua-gua yang dijadikan kuil dan tokong. Antaranya ialah Kuil Arulmigu Subramania yang khusus untuk penganut agama Hindu di kalangan masyarakat India Malaysia.

Gua dari jenis batu kapur ini membentuk corak-corak yang menarik, asyik dan menakjubkan tentang kejadian Tuhan. Kebanyakan gua-gua batu kapur di Perakkhususnya di Lembah Kinta dimiliki dan dijaga

oleh penganut agama Buddha dari kalangan kaum Cina. Mereka berhijrah dari negara China dan bekerja di lombong-lombong bijih timah. Sementara kaum India dibawa oleh peladang British untuk menjadi buruh ladang dan penoreh getah di ladang-ladang getah yang banyak bertaburan di Lembah Kinta seperti Ipoh, Kampar, Batu Gajah, Taiping, Sungai Siput, Tanjung Tualang dan lain-lain.

Tragedi

sunting

Pada 1973 seramai 40 orang penduduk di kaki gunung ini terbunuh apabila sebahagian gunung ini runtuh. Biasanya stalaktit yang tergantung di dalam gua atau di luar gua mudah runtuh akibat batu kapur yang larut apabila hujan turun.[1]

Rujukan

sunting