Gunung Chimborazo
Gunung Chimborazo ialah sebuah gunung berapi strata tidak aktif terletak dalam banjaran Andes merentas dari utara ke selatan Ecuador 150 kilometer barat daya dari ibukota Quito. Ia gunung tertinggi di negara tersebut dengan ketinggian 6,263 meter dari paras laut[2] serta bahagian utara banjaran ini sepanjang Amerika Selatan.
Gunung Chimborazo | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 6,267 m (20,561 ka) [1] |
Tonjolan | 4,122 m (13,524 ka) Ditempatkan ke-17 |
Pengasingan | 846 kilometer (526 bt) |
Geografi | |
Lokasi | Ecuador |
Induk banjaran | Andes, Kordilera Barat |
Peta topo | IGM, CT-ÑIV-C1 [1] |
Geologi | |
Usia batuan | Paleogene (Gomez 1994) |
Jenis gunung | Stratovolkano |
Pendakian | |
Pendakian pertama | 1880 oleh Edward Whymper, dipandu oleh J. dan L. Carrel |
Laluan paling mudah | glacier/snow climb PD |
Ia boleh dianggap gunung berpuncak paling tinggi atau titik paling jauh dari pusat Bumi berbanding Gunung Everest kerana kedudukan ia terletak hanya satu darjah ke selatan garisan Khatulistiwa yang dianggap membonjol akibat daya emparan pusingan Bumi.[3]
Gunung ini telah menarik minat para pendaki. Selain berjaya menarik minat para pendaki, Chimborazo juga menyediakan maklumat penting untuk membantu para pencinta alam.
Penamaan
suntingNama ini dikatakan datang dari ungkapan bahasa Quechua di mana chinpu bermaksud "panas membara" (candente) manakala razu bermaksud "[putih] salji" (nevado).[4] Ada juga yang menyatakan ia merupakan hasil pelat ungkapan chimbarazu iaitu "salji nun jauh sana" (snow on the other side).[5]
Geografi
suntingGeologi
suntingGunung ini pernah meletus beberapa kali semasa Zaman Holosen sehingga selewat-lewatnya 550 SM.[6]
Puncak ia dilitupi glasier sejauh 4,600 meter dari puncak. Air cairan hasil ia merupakan sumber air semulajadi yang penting untuk provinsi-provinsi Bolivar dan Chimborazi dirangkumi kaki gunung ini; bahkan glasier tersebut turut menjadi sumber air batu yang dipecah-pecahkan untuk tujuan pendinginan sebelum adanya teknologi lebih moden.[7] Namun, isipadu glasier menyusut sejak beberapa dekad lepas atas sebilangan faktor utama seperti pemanasan global, letusan dari Gunung Tungurahua serta fenomena El Niño.[8][9]
Flora dan fauna
suntingKawasan sekitar kaki gunung ini dijadikan suatu cagar alam - Reserva Faunística de Chimborazo - yang menempatkan habitat semula jadi vikuna, llama dan alpaka.
Sejarah penyelidikan
suntingSeorang pencinta alam dari Jerman, Alexander von Humboldt pernah cuba tetapi gagal mencapai puncaknya. Beliau hanya berjaya mencapai ketinggian hampir 6,100 meter. Ketinggian itu ialah satu rekod baru bagi pendaki-pendaki di Eropah pada ketika itu. Pada penghujung abad ke-19, setelah menempuhi pelbagai halangan dan rintangan, kumpulan Humboldt memulakan pendakian mereka ke puncak gunung itu, melalui pelbagai jenis permukaan tanah. Tumbuh-tumbuhan di kaki Gunung Chimborazo adalah padat, tetapi puncaknya diliputi oleh salji, dan Humboldt juga telah menyedari bahawa keadaan persekitaran dan tumbuh-tumbuhan berubah mengikut ketinggian, sama seperti ia berubah mengikut latitud.
ukan ini sahaja yang dapat diperhatikannya di sepanjang perjalanan ke Amerika Selatan; beliau juga merumuskan bahawa gunung berapi muncul di sepanjang rekahan pada lapisan permukaan Bumi. Humboldt telah menerbitkan pemerhatiannya pada tahun 1881; catatan penyelidikannya telah memberi ilham baru kepada pencinta alam abad ke-19 mengubah cara pemikiran para pencinta alam terhadap ketinggian, tumbuh-tumbuhan, dan gunung berapi. Namun begitu, kebanggaan sebagai penggapai puncak gunung tersebut tidak menjadi miliknya. Kerana tidak tahan dengan ketinggian, kumpulan Humboldt telah membuat keputusan untuk berpatah balik.
Tiada orang yang berjaya menjejaki puncaknya sehingga tahun 1880, apabila Edward Whymper, dan Louis dan Jean-Antinie Carrel mendakinya.
Kepercayaan
suntingGunung ini dipercayai menjadi tempat pemujaan masyarakat Inka di banjaran utara; mereka dicatat melaksanakan upacara pemberian tanda penghargaan kepada semangat gunung pemberi air serta mengelakkan kemarahan ia dengan mengorbankan llama atau anak dara disebut sebagai Capacocha.
Gunung Chimborazo turut dianggap sebagai pasangan "jantan" atau "Sang Bapa" (Taita) kepada Gunung Tungurahua yang bergelar Sang Ibu (Mama).
Rujukan
sunting- ^ The elevation of 6,267 m was measured by a differential GPS survey in the 1990s and is generally accepted. SRTM data suggests that it is more accurate than an older but still often quoted elevation of 6,310m ("World Top 50 Prominence, Footnote #17". peaklist.org. Dicapai pada 18 Julai 2006.) ("Some requently misquoted elevations, Chimborazo Ecuador". viewfinderpanoramas.org. Dicapai pada 2006-07-18.).
- ^ "Chimborazo, el volcán de Ecuador más alto que el Everest (si se mide desde el centro de la Tierra)". BBC Mundo. 7 April 2016. Dicapai pada 8 April 2016.
- ^ Criss, Doug (27 Mei 2019). "Estos son los mitos sobre escalar el Everest: de la mística a la verdad". CNN Español. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Cerrón Palomino. Diccionario de Quechua Sureño.
- ^ one online Quechua dictionary which verifies this etymology is as http://www.philip-jacobs.de/runasimi/runasimi.txt Diarkibkan 8 November 2011 di Wayback Machine
- ^ "Chimborazo". Global Volcanism Program. Institusi Smithson. Dicapai pada 1 Januari 2009.
- ^ Márquez, Cristina (16 November 2017). "Un reconocimiento a 60 años como hielero del Chimborazo". El Comercio (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 6 April 2018. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Chaffaut, Isabelle; Marie Guillaume (2004). "El Niño and glacier melt in the tropical Andes". innovations report. Dicapai pada 8 Ogos 2006.
- ^ Schoterer, Ulrich; Grosjean M.; Stichler W; dll. (2003). "Glaciers and Climate in the Andes between the Equator and 30° S: What is Recorded under Extreme Environmental Conditions?". Climatic Change. 59: 157–175. doi:10.1023/A:1024423719288. S2CID 129350422.