Gunung Gagau 1376 meter [1] (4,513 kaki) terletak bersebelahan Taman Negara, Pahang Darul Makmur. Gunung ini menjadi antara negeri-negeri Pahang, Terengganu[2] dan Kelantan.[3]

Gunung Gagau
Titik tertinggi
Ketinggian1,376 m (4,514 ka)
Geografi
LokasiTaman Negara
Daerah Jerantut, Pahang
Jajahan Gua Musang, Kelantan
Hulu Terengganu, Terengganu
Induk banjaranBanjaran Pantai Timur

Gunung Gagau mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Gunung Gagau terletak berhampiran dengan tasik Kenyir.[4]

Gunung Gagau boleh didaki melalui Taman Negara di Kuala Tahan. 8 jam menaiki bot di Sungai Tembeling dan 1 jam nelalui Sungai Sat di Kuala Klapor dan 1 jam lagi ke base kem di Gagau. Dari kem Gagau mendaki ke puncak Gunung Gagau mengambil masa sehari sahaja.

Keseluruhan perjalanan dari Kuala Tahan ke Gunung Gagau pergi dan balik mengambil masa 6-7 hari. Gunung ini lebih mudah didaki berbanding dengan Gunung Tahan.

Anda boleh lihat binatang liar yang dipanggil tapir. Sesetengah tempat memanggilnya cipan atau tenok.

Sebelum mendaki pastikan anda memndapat kebenaran dari pihak berkuasa Taman Negara dan mestilah ada jurupandu ke puncak. Warden Taman Negara akan memberi nasihat tentang bot dan jurupandu.

Seluruh kawasan tersebut terdiri dari 7 gunung iaitu Gunung Tembat, Gunung Bongsu dan Gunung Lawit di utara, Gunung Kachang, dan Gunung Raung di barat, Gunung Gajah Terom di barat dan Gunung Gagau di sebelah selatan. [5]

Iklim sunting

Gunung Gagau merupakan salah satu kawasan paling lembap di Malaysia dengan rekod bacaan melebihi 6000mm purata hujan tahunan. Malah rekod mencatatkan hujan jauh lebih tinggi daripada 7000mm daripada purata hujan tahunan.

Rujukan sunting

  1. ^ A Field Guide to the Birds of Peninsular Malaysia and Singapore, By Allen Jeyarajasingam
  2. ^ Gunung Gagau, Terengganu: Transforming Natural Assets Into an Ecotourism Product : Proceedings of the Seminar on Gunung Gagau Scientific Expedition, 10-12 May 2009
    A. Latiff, Aziz Ali (Che.), Kamal Roslan Mohamad
    Academy of Sciences Malaysia, 2011 - Biodiversity - 206 pages
  3. ^ 26 people rescued from Gunung Gagau
  4. ^ "Riak alam Tasik Kenyir". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-07. Dicapai pada 2017-08-07.
  5. ^ Treasures of Kenyir
    Sayed Mohd. Zain Hasan, Mohd. Azmi Ambak
    Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, 2005 - Ecotourism - 80 pages

Pautan luar sunting