Gunung Gajah Terom
Gunung Gajah Terom merupakan sebuah gunung yang terletak di Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia. Gunung ini mempunyai ketinggian setinggi 1,206 meter (3,958 kaki).
Gunung Gajah Terom | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 1,206 m (3,957 ka) |
Geografi | |
Lokasi | Daerah Hulu Terengganu, Terengganu |
Induk banjaran | Banjaran Pantai Timur |
Gunung Gajah Terom terletak berhampiran dengan tasik Kenyir.[1] Seluruh kawasan tersebut terdiri dari 7 gunung iaitu Gunung Tembat, Gunung Bongsu dan Gunung Lawit di utara, Gunung Kachang, dan Gunung Raung di barat, Gunung Gajah Terom di barat dan Gunung Gagau di sebelah selatan. [2]
Jenis hutan
suntingGunung Gajah Terom mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Riak alam Tasik Kenyir". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-07. Dicapai pada 2017-08-07.
- ^ Treasures of Kenyir
Sayed Mohd. Zain Hasan, Mohd. Azmi Ambak
Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, 2005 - Ecotourism - 80 pages