Gunung Huashan terletak kira-kira 120 kilometer dari timur Bandar Xian di Wilayah Shaanxi, gunung Huashan merupakan satu antara lima pergunungan yang dianggap suci oleh rakyat di negara China.

Gunung Huashan
Ketinggian2,155 meter (7,070 ka)
Geografi
LokasiChina

Pemandangan alam yang indah di puncak gunung turut menempatkan sebuah kuil Taoisme purba yang merupakan antara tarikan pelancong yang berkunjung ke situ.[1] Selain itu, Huashan juga mempunyai pelbagai kuil dan struktur keagamaan lain di lereng dan puncaknya. Di kaki gunung terdapat Biara Jade Spring (玉泉院), yang didedikasikan untuk Chen Tuan.[2]

Gunung Huashan sebagai Gunung Curam Pertama Di Bawah Syurga, dan ia terkenal dengan laluan pendakian yang berbahaya di dunia. Gunung Huashan mempunyai lima puncak yang membentuk seperti sekuntum bunga jika dilihat daripada sudut yang berbeza. Kesemua puncak itu mempunyai nama tersendiri iaitu puncak di timur dikenali sebagai puncak matahari, puncak tengah (Puncak Perawan Jade ("Jade Maiden")), puncak barat (Puncak Teratai ("Lotus")) dan puncak utara (Puncak Cloud Terrace). Puncak selatan merupakan puncak yang tertinggi dan paling bahaya di gunung itu.

Geografi sunting

Iklim sunting

Data iklim untuk Gunung Huashan
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) −2.5
(27.5)
−0.3
(31.5)
4.4
(39.9)
10.6
(51.1)
14.8
(58.6)
19.1
(66.4)
20.8
(69.4)
19.7
(67.5)
15.2
(59.4)
10.1
(50.2)
4.6
(40.3)
−0.3
(31.5)
9.7
(49.4)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) −9.7
(14.5)
−7.2
(19.0)
−2.9
(26.8)
3.1
(37.6)
7.8
(46.0)
12.4
(54.3)
14.8
(58.6)
13.9
(57.0)
9.4
(48.9)
3.9
(39.0)
−2.3
(27.9)
−7.5
(18.5)
3.0
(37.3)
Purata kerpasan, mm (inci) 13
(0.5)
21
(0.8)
44
(1.7)
67
(2.6)
90
(3.5)
99
(3.9)
175
(6.9)
126
(5.0)
115
(4.5)
82
(3.2)
34
(1.3)
14
(0.6)
880
(34.5)
Sumber: Climate Base[3]

Rujukan sunting

Petikan sunting

  1. ^ "Pendakian cenuram Gunung Huashan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-13. Dicapai pada 2017-08-13.
  2. ^ Goosseart (2008), 517.
  3. ^ "Hua Shan, Anhui, China #57046". Climate Base. Dicapai pada 2020-09-01.

Sumber sunting

  • Goossaert, Vincent. "Huashan." in Fabrizio Pregadio, ed., The Encyclopedia of Taoism (London: Routledge, 2008), 481–482. TO FIX
  • Harper, Damian. China. London: Lonely Planet, 2007.
  • Palmer, Martin (October 26, 2006). "Religion and the Environment in China". Chinadialogue. Retrieved on 2008-08-27.

Pautan luar sunting