Gunung Jerai
Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, bersempadan dengan daerah-daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya dalam 1,207 meter. [1]
Gunung Jerai | |
---|---|
![]() Sisi timur dilihat dari Gurun | |
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 1,207 m (3,960 ka) |
Geografi | |
Lokasi | Daerah-daerah Kuala Muda dan Yan, Kedah |
Geologi | |
Jenis gunung | Inselberg |
Gunung Jerai boleh dilihat dari Pulau Pinang dan kawasan berhampiran di negeri Kedah dan parasnya dikelilingi oleh tanah pertanian padi bendang. Merupakan sebuah inselberg, ia tidak seperti gunung-gunung lain di semenanjung, Sarawak dan Sabah yang selalunya berada di dalam banjaran. Gunung Jerai berada di pesisir pantai, terpisah daripada sistem banjaran Semenanjung Malaysia. Malah Gunung Jerai juga dikatakan mampu dilihat oleh bahtera layar dan kapal lalu lalang dalam perairan Kedah dan Selat Melaka sejauh 100km. Jarak penglihatan pemerhati pula bergantung kepada keadaan cuaca.
Suhu Sunting
Suhu tahunan di Gunung Jerai ialah sekitar 19 °C hingga 24 °C dan selalu dilitupi kabus tebal terutama pada musim hujan, selepas hujan, dan kadang-kadang pada awal pagi.
Gunung Rekreasi Sunting
Gunung Jerai menawarkan aktiviti merentasi hutan bagi pencinta alam semula jadi. Terdapat kepelbagaian tumbuh-tumbuhan tropika yang merangkumi kawasan hutan dipterokarp bukit dan hutan dipterokarp atas.
Cara ke sana Sunting
- Dari Batu Uban/Butteworth mengikut jalan persekutuan (1), memandu ke Sungai Patani, melalui Be dong, Kedah. Kemudian ke Gerun. Dari sana ada jalan tar menuju ke stesen radio sepanjang 11 km. Ada sebuah hotel di sana yang sekarang telah diambil alih dan dinamakan The Regency Jerai Hill Resort. Ada tapak perkhemahan dan tapak perkelahan di pertengahan jalan.
- Mengikut Lebuhraya Utara-Selatan PLUS, dari Tol Sg. Dua, Perai menuju utara dan keluar di Exit Gurun. Belok kiri selepas tol, kemudian belok kanan di simpang lampu trafik.
- Dari utara melalui Gua Cempedak, Yan Kecil dan ke Yan Besar. Dakilah dari Yan Besar melalui lori tua/lama.
Media Sunting
- Pemancar Radio meliputi Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak Utara, sebahagian Padang Rengas dan beberapa kawasan Gerik dan sebahagian Kelantan.