Gunung Lambak
Gunung Lambak merupakan sebuah gunung kecil yang terletak di Daerah Kluang, Johor, Malaysia dengan ketinggian setinggi 510 meter (1,673 kaki) dari aras laut.[1]
Gunung Lambak | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 510 m (1,670 ka) |
Geografi | |
Lokasi | Kluang, Johor, Malaysia |
Geologi | |
Jenis gunung | Inselberg |
Gunung Lambak mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat pelbagai flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Pada tahun 1969 sebuah stesen pemancar TV RTM telah siap dibina untuk memberi mutu siaran TV yang baik bagi penonton di daerah Kluang. Sebelum ini, penonton di sini mengikuti siaran Tv dari pemancar Gunung Pulai, Johor Bahru. Namun demikian operasi stesen pemancar TV gunung Lambak hanya bertahan selama 13 tahun sahaja kerana Kementerian Penerangan Malaysia ketika itu mahukan penduduk di Johor supaya lebih menonton siaran TV Malaysia berbanding siaran TV Singapura.
Untuk itu sebuah stesen pemancar TV RTM yang baru telah siap dibina di Gunung Ledang, dekat Tangkak yang kawasan liputannya lebih luas. Oleh itu stesen pemancar TV di Kluang ditutup secara rasmi pada tahun 1983. Bermula dari tarikh itu, penonton di Kluang perlu menghalakan antena TV ke arah Gunung Ledang, secara tidak langsung siaran TV Singapura menghadapi gangguan kerana talaannya tidak sama dengan siaran TV Malaysia. Keadaan yang sama turut berlaku di Batu Pahat di mana Stesen Pemancar TV Bukit Soga, Batu Pahat turut ditutup. Sekarang ini stesen pemancar TV di Gunung Lambak dikawal selia pihak Telekom untuk sistem komunikasi sahaja, bukan penyiaran lagi.
Hutan Lipur Gunung Lambak
suntingHutan Lipur Gunung Lambak telah dibangunkan sebagai tarikan rekreasi dan pelancongan yang dinamakan Hutan Lipur Gunung Lambak. Laluan dan jambatan kayu menjadikannya mudah untuk mendaki ke puncak, dan tempat berkelah di dasar gunung mempunyai tempat letak kereta, bangku, taman permainan kanak-kanak kecil dan tandas.[2] Terdapat juga penginapan chalet, kemudahan perkhemahan dan kolam renang.[3]
Stesen Penyiaran
suntingStesen televisyen RTM telah menyiapkan pemancar di Gunung Lambak pada tahun 1969 untuk memberikan sambutan yang baik di Kluang. Ia ditutup pada tahun 1983, digantikan oleh pemancar di Gunung Ledang, berhampiran Tangkak. Tiang pemancar itu masih berdiri di puncak Gunung Lambak.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaGunung_Lambak
- ^ Virtual Malaysia. "Mount Lambak Recreational Forest". Tourism Johor Official Portal. Dicapai pada 17 Sep 2012.
- ^ "Gunung Lambak - Kluang, Johor". malaysia-traveller.com. 3 Aug 2012. Dicapai pada 17 Sep 2012.
<ref>
dengan nama "Gunung Lambak" yang ditentukan dalam <references>
tidak digunakan dalam teks sebelumnya.