Gunung Lico (Portugis: Monte Lico) ialah suatu gunung tunggal terletak di pedalaman Alto Molocue Provinsi Zambezia di utara Mozambique terkenal kerana keadaan terpencil dari sebarang kegiatan manusia. Ia berketinggian sekitar 1,100 meter (3,600 kaki) dari paras laut dengan sisi batu curam pada 700 meter (2,300 kaki) di kaki gunung. Terdapat suatu kawah gunung berapi pupus di mana adanya suatu hutan dara berkeluasan 30 hektar (0.12 batu persegi).

Ia pertama kali dikaji secara teliti 2012 oleh Julian Bayliss[1][2] dari Oxford Brookes University setelah ditemui dalam pemerhatian dalam Google Earth terhadap bentuk muka bumi setempat sana.[3][4] Suatu ekspedisi pendakian dan kajian habitat sekeliling gunung ini yang diketuai Bayliss dimulakan pada Mei 2018.[5][6]

Rujukan sunting

  1. ^ "The man who discovered an unseen world". BBC Earth (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-03-07.
  2. ^ "Audio: Exploring a hidden rainforest on an isolated mountain in Mozambique". Mongabay Environmental News (dalam bahasa Inggeris). 2019-05-14. Dicapai pada 2019-09-16.
  3. ^ "Mozambique: the secret rainforest at the heart of an African volcano". The Guardian. 17 June 2018. Dicapai pada 29 August 2018.
  4. ^ "Secrets revealed: Researchers explore unique, isolated forest in Mozambique". Mongabay Environmental News (dalam bahasa Inggeris). 2018-10-19. Dicapai pada 2019-02-28.
  5. ^ "The Secret Garden: How Google Earth led a team of scientists to discover an untouched mountaintop rainforest". TheVerge.com. 28 August 2018. Dicapai pada 29 August 2018.
  6. ^ Barbee, Jeff (17 June 2018). "Mozambique: the secret rainforest at the heart of an African volcano". The Guardian. Dicapai pada 26 April 2020.