Gunung Lokon

gunung di Indonesia

Gunung Lokon merupakan sebuah gunung berapi kembar bersama-sama dengan Gunung Empung yang terletak di Sulawesi utara, Indonesia. Tingginya 1,750 meter daripada aras laut.Kedua-duanya menaik merentasi dataran Tondano dan di antara gunung berapi yang aktif di Sulawesi. Gunung Lokon mempunyai puncak yang mendatar dan tidak mempunyai kawah gunung berapi.[1]

Gunung Lokon
Gunung Lokon dilihat dari Gunung Mahawu, Tomohon
Titik tertinggi
Ketinggian1,580 m (5,184 kaki)[1]
SenaraiRibu
Koordinat1°21′29″N 124°47′31″E / 1.358°N 124.792°E / 1.358; 124.792
Geografi
Gunung Lokon is located in Bumi
Gunung Lokon
Gunung Lokon (Bumi)
Geologi
Jenis gunungStratovolkano
Letusan terakhir2014

Lokon terbentuk semasa era gunung berapi andesitik volcanism pada serpihan cincin terhasil daripada kaldera Tondano pada pertengahan kemusnahan Pleistosen. Bahan yang terletus baru-baru ini masih lagi berkomposisi andesitik [2] dan mengandungi abu-abu gunung berapi dan jarng-jarang ada aliran piroklastik dan kubah-kubah lahar. [1]

Sejarah letusan sunting

Gunung berapi Lokon memuntahkan lava dan asap beratus meter tinggi. Letupan berlaku pada jam 10.46 malam waktu tempatan. Stesen radio El Shinta menyatakan kira-kira 500 penduduk di lereng dan cerun telah dipindahkan. Warga setempat dan pelancong diarah keluar dari radius 3.5 kilometer. Kira-kira 28,000 penduduk tinggal di sekitar zon evakuasi tetapi hanya beberap ratus sahaja yang tinggal di jalur lava mengalir.[3]

Gunung berapi ini kembali menunjukkan tanda-tanda wujud aktiviti pada 10 Februari 2012, dan pada 19 September 2012 (11:01pm), satu letusan telah berlaku pada 8:20 am[4] pada hari yang sama ia menghantar abu gunung berapi dua batu ke langit. Penduduk tempatan telah dipindahkan pada jarak dua setengah batu sekeliling gunung berapi berkenaan. [5]

Gunung Lokon terletak di utara Sulawesi dan satu daripada 129 gunung berapi yang masih aktif di Indonesia.Pada 1991 ,seorang pendaki warga Switzerland maut akibat letusan besar terakhir.[6]

Jenis hutan sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Lokon-Empung". Global Volcanism Program. Smithsonian Institution. Dicapai pada 2006-12-31.
  2. ^ "Lahendong". Lahendong. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-27. Dicapai pada 15 Julai 2011.
  3. ^ "Indonesians flee volcano eruption on Sulawesi". BBC News. 14 Julai 2011. Dicapai pada 2011-07-16.
  4. ^ "Mount Lokon in Indonesia erupts - Latest - New Straits Times". nst.com.my. 2012 [last update]. Dicapai pada 11 Februari 2012. Check date values in: |year= (bantuan)
  5. ^ "Volcano erupts in Indonesia, hurling ash cloud into the sky". CNN. 11 Februari 2012. Dicapai pada 2012-02-11.
  6. ^ Indonesia Tetapkan Siaga Tertinggi untuk Kawasan Gunung Lokon

Pautan luar sunting