Gunung Merapi

gunung di Jawa Tengah, Indonesia

Gunung Merapi (Jawi: ڬونوڠ مراڤي, bahasa Jawa: ꦒꦸꦤꦸꦁ​ꦩꦼꦫꦥꦶ) ialah sebuah gunung berapi terletak di Jawa Tengah, Indonesia. Ia merupakan gunung berapi yang paling aktif di negara pulau itu di mana ia telah meletus sebanyak 69 kali semenjak 1548. Ia berdekatan dengan bandaraya Yogyakarta, dan banyak penduduk tinggal di hilir gunung berapi berkenaan, dengan perkampungan paling tinggi 1700 m di atas paras laut. Oleh kerana bahayanya kepada kawasan berpendudukan ini, ia telah dinamai sebagai satu Gunung Berapi Dekad ini.

Gunung Merapi
ꦒꦸꦤꦸꦁ​ꦩꦼꦫꦥꦶ
Gunung Merapi
Titik tertinggi
Ketinggian2,968 m (9,738 ka)
Tonjolan1,356 meter (4,449 ka)
Geografi
LokasiBersempadan Jawa Tengah / Yogyakarta (Indonesia)
Geologi
Usia batuan400,000 tahun
Jenis gunungStratovolcano
Letusan terakhir2010

Terdapat satu lagi gunung berapi Indonesia yang hampir sama namanya iaitu Gunung Marapi, di Sumatera Barat.

Sejarah geologi sunting

Merapi merupakan gunung berapi yang paling muda di selatan Jawa. Ia terletak pada zon kelinciran, di mana Plat Indo-Australian menggelincir ke bawah Plat Eurasian. Ia merupakan salah satu daripada 129 buah gunung berapi aktif di Indonesia. Analisis stratigrafi mendedahkan bahawa letusan di kawasan Merapi bermula kira-kira 400,000 tahun yang lalu, dan sehingga kira-kira 10,000 tahun yang lalu, letusan lazimnya berlebih-lebihan, lava yang dikeluarkan adalah daripada lava jenis basalt. Semenjak itu, letusan menjadi lebih kuat letupannya, dengan lava andesitnya yang likat biasanya menjanakan kubah lava. Kubah runtuh biasanya menjana aliran piroklas dan letupan yang lebih besar, yang mana ia akan menghasilkan turus letupan, akhirnya menyebabkan turus tadi runtuh.

Biasanya, letusan kecil berlaku setiap dua atau tiga tahun, dan yang lebih besar akan berlaku setiap 10-15 tahun sekali atau lebih. Letusan penting, yang kebiasaannya menyebabkan banyak kematian, telah berlaku pada tahun 1006, 1786, 1822, 1872 (letusan yang paling dahsyat dalam sejarah terkini) dan 1930 — apabila 13 buah kampung musnah dan 1,400 orang rakyat terbunuh oleh aliran piroklas.

Satu letusan yang sangat besar berlaku dalam tahun 1006 menyebabkan Pulau Jawa diliputi dengan abu. Letupan gunung berapi ini dipercayai membawa kepada kejatuhan tamadun kerajaan Hindu Mataram dan kekosongan kuasa ini diisi oleh orang-orang Muslim yang menjadi pemimpin pulau Jawa.

Gunung Merapi berkesinambungan mempunyai kepentingan tertentu kepada orang-orang Jawa: ia menjadi satu daripada empat tempat di mana para pegawai daripada istana beraja Yogyakarta dan Solo membuat acara tahunan bagi menjamu roh-roh orang Jawa purbakala.[1]

Letusan sunting

 
Imej satelit Gunung Merapi. Diambil pada 2003 oleh NASA

Letupan 1992 sunting

Letupan terbaru sebelum ini adalah pada 1992 dan berterusan selama sepuluh tahun. Pada masa itu, sebuah kubah lava telah terpicit keluar, membesar hingga satu meter sehari. Dalam tahun 1994, kubah sampai di pinggir kawah, dan dari situ, jatuhan batu daripada kubah menghasilkan aliran piroklas yang berulang kali. Pada akhir 1994, hampir keseluruhan kubah runtuh, sambil menjana aliran piroklas yang sangat besar, yang telah bergerak beberapa kilometer dari puncak lalu telah membunuh 43 orang.

Berikutan daripada letupan besar pada November 1994, sebuah kubah telah terbentuk di kawah, dan letusan-letusan kecil bersambungan hingga beberapa tahun sambil menjana runtuhan lava dan aliran piroklas setiap hari. Letupan berakhir pada akhir 2002.

Letupan 2006 sunting

Pada April 2006, aktiviti seismos telah bertambah dalam selang waktu yang semakin berulang dan terdapat bonjolan di dalam kon gunung berapi yang menunjukkan letusan baru adalah hampir. Pihak berkuasa meletakkan kampung kejiranan dalam keadaan berjaga-jaga dan bersedia. Pada 19 April, asap dari kawah menjangkau ketinggian 400 meter, berbanding dengan hanya 75 meter pada hari sebelumnya. Pada 23 April, selepas sembilan gempa mengisyaratkan pergerakan magma, hampir 600 orang penduduk tua dan bayi di lereng gunung dipindahkan, dan sebahagian rumah mereka diambil alih oleh pelancong-pelancong yang ditarik ke kawasan itu[2].

Pada awal Mei, lahar bermula mengalir dengan aktif. Pada 11 Mei, dengan aliran lahar menjadi tetap, 17,000 orang diarahkan berpindah.[3] Kemudian pada 13 Mei, pemerintah Indonesia menaikkan taraf berjaga-jaga kepada taraf tertinggi, merah, dan mengarahkan pemindahan semua penduduk dengan segera. Bilangan letusan telah bertambah, dan terdapat laporan yang mengatakan letupan besar telah berlaku [4]. Jika aliran piroklas berlaku, risiko di kampung berhampiran adalah amat tinggi, tetapi ada penduduk yang tetap berani kembali ke kampung, dengan berkata bahawa mereka perlu menjaga binatang peliharaan dan tanaman. Pada 15 Mei, Gunung Merapi meletup mengeluarkan gas panas, debu dan serpihan batu. Awan piroklas berkembang sehingga 4 km, dan debu menutup tanaman dan bumbung rumah di Ketep, 10 km dari kaki gunung. Pada 16 Mei, aktiviti gunung telah berkurang sedikit tetapi masih berbahaya.

Pengawasan sunting

Gunung Merapi ialah tapak program pengawasan yang sangat aktif. Pengawasan seismos bermula pada tahun 1924, dan letupan 1930 didapati telah dimulai oleh satu gempa bumi yang sangat kuat. Terdapat satu rangkaian 8 seismograf di sekeliling gunung tersebut yang membenarkan ahli vulkanologi untuk menentukan secara tepat pusat gegaran dan gempa. Satu zon di mana tiada gempa berasal didapati 1.5km di bawah puncak, dan dirasakan menjadi satu tempat takungan magma yang menjadi sumber letupan.

Pengukuran lain pada gunung berapi tersebut termasuklah pengukuran magnetik dan pengukuran kemerengan/kecondongan. Perubahan kecil dalam medan magnet tempatan berlaku pada masa yang sama dengan letupan-letupan, dan pengukuran kecondongan akan mendedahkan penggelembungan gunung berapi akibat kawah magma di bawahnya mula berisi.

Lahar ialah bahaya yang ssangat penting di gunung, dan ia disebabkan oleh hujan menggerakkan semula mendakan aliran piroklas. Lahar boleh dikesan secara seismos kerana ia menyebabkan satu signal seismos berfrekuensi tinggi. Pemerhatian mendapati bahawa lebih 50 mm hujan per jam ialah ambang di mana lahar itu biasanya dijana.

Laluan mendaki sunting

Gunung Merapi merupakan tempat pendakian yang terkenal. Laluan paling umum dan dekat adalah dengan bermula dari kabupaten Boyolali ke arah Solo atau dari Yogyakarta atau juga dengan mudah dapat dijangkau dari kabupaten Magelang.

Rujukan sunting

Nota kaki sunting

  1. ^ . Radio New Zealand. 23 April 2006 http://www.radionz.co.nz/news/latest/200604231643/3c48b3a. Dicapai pada 2018-11-17. Missing or empty |title= (bantuan) [pautan mati]
  2. ^ . Mail & Guardian. 23 April 2006 https://web.archive.org/web/20160304194621/http://mg.co.za/articlepage.aspx?area=%2Fbreaking_news%2Fbreaking_news__international_news%2F&articleid=269888. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2018-11-17. Missing or empty |title= (bantuan)
  3. ^ "Lava flows from Indonesia volcano". BBC News. 4 Mei 2006. Dicapai pada 2018-11-17.
  4. ^ "Mount Merapi Erupts". ANTARA News. 15 Mei 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-06-26. Dicapai pada 2018-11-17.

Petikan teks sunting

  • Decker, R. and Decker, B. (1997) Volcanoes, edisi ke-3, WH Freeman, New York.

Pautan luar sunting