Gunung Murud merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia[1]. Gunung Murud mempunyai ketinggian setinggi 2,438 meter. [2]

Gunung Murud
Rupa Bumi Di Puncak Gunung Murud
Titik tertinggi
Ketinggian2,438 m (7,999 ka)
Geografi
LokasiSarawak, Borneo
Pendakian
Pendakian pertamaEric Mjöherg, 1922

Gunung Murud mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Gunung Murud merupakan gunung batu pasir tertinggi di Sarawak. Orang pertama yang berjaya mendaki kepuncaknya adalah seorang ahli Zoologi Ethnographer, Eric Mjöherg, pada tahun 1922 selepas beberapa cubaan sebelumnya oleh J.C. Moulton yang merupakan kurator Muzium Sarawak.

Mjöherg kagum dengan bilangan spesies tumbuhan terutamanya periuk kera yang endemik di kawasan tersebut. Dia merakamkan kebanyakan tumbuhan dan bunga. dan menggambarkannya sebagai syurga.[3]

Rujukan sunting