Gunung Nuang
Puncak Gunung Nuang terletak di atas sempadan negeri Selangor dan Pahang. Titik pertemuan tiga negeri iaitu Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan terletak tidak jauh dari puncak Nuang.
Gunung Nuang | |
---|---|
![]() | |
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 1,493 m (4,898 ka) |
Geografi | |
Lokasi | Daerah Hulu Langat, Selangor Daerah Bentong, Pahang |
Induk banjaran | Banjaran Titiwangsa |
Tingginya 1493 meter[1], [2] pada kedudukan 3.3 ' Utara , 101.9'Timur. Boleh didaki dari tiga arah :
- Dari Kuala Pangsoon di Hulu Langat.
- Dari Kampung Kemensah, Gombak.
- Dari Bukit Tinggi , Bentong, Pahang
Merupakan gunung ketiga tertinggi di Selangor, ia merupakan salah satu sasaran pendakian popular.[3] Di atas gunung telah dibina penanda puncak berbentuk tiga segi daripada besi. Jalan mendaki telah dibina oleh Jabatan Perhilitan dan Pejabat Daerah Hulu Langat bagi memudahkan para pendaki . Namun begitu beberapa kemalangan dan insiden hilang masih berlaku. Sebuah gua dikatakan ada di sini. Di sini juga terdapat kawasan peliharaan buluh terbesar di Selangor dan mungkin juga di Malaysia.
Para pendaki boleh ikut saluran paip air yang dibina hingga ke kolam air. Gunakan pemandu arah Orang asli suku Temuan dari Kuala Pangsoon jika perlu.
GaleriSunting
Permohonan permitSunting
Gunung Nuang di negeri Pahang sering menjadi tumpuan kepada aktiviti pendakian di kalangan pendaki dan ia terletak dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Pahang. Bagi menjalankan sebarang aktiviti dalam Hutan Simpanan Kekal, setiap pengunjung perlu mendapatkan permit memasuki Hutan Simpanan Kekal terlebih dahulu dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.
Permohonan permit boleh dibuat secara online di url http://forestry.pahang.gov.my/ekorimba[pautan mati kekal]. Sila muat turun Manual Pengguna terlebih dahulu dan membaca Panduan Menggunakan Sistem sebelum membuat permohonan online. Perkhidmatan bayaran secara online adalah tidak disediakan. Bayaran permit hendaklah disediakan dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dan diserahkan kepada PHD Bentong sebelum pendakian dan pada hari dan waktu berkerja.[4]
RujukanSunting
- ^ Urban Ecosystem Studies in Malaysia: A Study of Change
edited by Noorazuan Hashim, Ruslan Rainis - ^ Pasoh: Ecology of a Lowland Rain Forest in Southeast Asia
edited by T. Okuda, N. Manokaran, Y. Matsumoto, Kaoru Niiyama, S.C. Thomas, P.S. Ashton - ^ Lobu Tua Sejarah Awal Barus
edited by Claude Guillot - ^ "Permohonan Mendaki Gunung Jabatan Perhutanan Negeri Pahang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-04. Dicapai pada 2017-08-12.