Gunung Rushmore (bahasa Inggeris: Mount Rushmore) atau nama penuhnya Memorial Kebangsaan Gunung Rushmore (bahasa Inggeris: Mount Rushmore National Memorial) merupakan sebuah gunung yang unik dan terkenal yang terletak di Keystone, Dakota Selatan, Amerika Syarikat. Di situ terdapat ukiran kepala patung di bahagian permukaan batu granit pada gunung itu. Monumen sepanjang 60 kaki (18 meter) ini diukir oleh anak-beranak keturunan Denmark, Gutzon Borglum dan Lincoln Borglum,[1][2] memaparkan kepala empat orang bekas Presiden Amerika Syarikat (dari kiri ke kanan):[3]

Memorial Kebangsaan Gunung Rushmore
ميموريال کبڠساٴن ݢونوڠ راشمور
Mount Rushmore National Memorial
IUCN Kategori V (Pandangan darat/laut yang dilindungi)
Monumen Gunung Rushmore seperti yang dilihat dari plaza melihat.
Gunung Rushmore is located in Bumi
Gunung Rushmore
Gunung Rushmore (Bumi)
LokasiKaunti Pennington, Dakota Selatan, Amerika Syarikat
Bandar raya terdekatKeystone
Luas1278.45 ekar (5.17 km2)
Ditubuhkan3 Mac 1925
Pelawat14,757,971   (pada 2010)
Badan pentadbirPerkhidmatan Taman Negara
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Keseluruhan memorial ini meliputi kawasan seluas 1,278.45 ekar (5.17 km2)[4] dan ia berada pada ketinggian 5,725 kaki (1,745 m) dari aras laut.[5] Tempat tersebut telah menarik lebih dari dua juta orang setiap tahun.[6]

Geografi sunting

 
Puncak-puncak "Enam Datuk" (Six Grandfathers) yang ada sebelum monumen diukirkan di sana - gambar bertarikh s. 1905

Geologi sunting

Gunung ini terdiri daripada batu granit yang terhasil akibat penerobosan magma ke dalam syis mika Black Hills semasa zaman Proterozoik 1.6 bilion tahun lampau.[7]

Iklim sunting

Kawasan sekitar gunung ini berklim kebenuaan lembap (Dwb dalam Pengelasan iklim Köppen).

Data iklim untuk Mount Rushmore National Memorial, 1981-2011 normals
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °F (°C) 68
(20)
68
(20)
78
(26)
85
(29)
93
(34)
99
(37)
100
(38)
99
(37)
97
(36)
86
(30)
75
(24)
67
(19)
100
(38)
Purata maksimum suhu harian, °F (°C) 36.3
(2.4)
36.7
(2.6)
43.2
(6.2)
50.7
(10.4)
60.7
(15.9)
71.0
(21.7)
79.1
(26.2)
78.1
(25.6)
67.8
(19.9)
54.9
(12.7)
42.9
(6.1)
35.3
(1.8)
54.7
(12.6)
Purata suhu harian, °F (°C) 27.5
(−2.5)
27.8
(−2.3)
33.9
(1.1)
41.4
(5.2)
51.1
(10.6)
61.1
(16.2)
69.0
(20.6)
67.9
(19.9)
58.0
(14.4)
45.7
(7.6)
34.5
(1.4)
26.7
(−2.9)
45.4
(7.4)
Purata minimum suhu harian, °F (°C) 18.7
(−7.4)
19.0
(−7.2)
24.6
(−4.1)
32.0
(0.0)
41.6
(5.3)
51.3
(10.7)
58.9
(14.9)
57.7
(14.3)
48.2
(9.0)
36.5
(2.5)
26.0
(−3.3)
18.1
(−7.7)
36.0
(2.2)
Rekod rendah suhu, °F (°C) −38
(−39)
−29
(−34)
−12
(−24)
1
(−17)
14
(−10)
27
(−3)
35
(2)
33
(1)
19
(−7)
1
(−17)
−12
(−24)
−31
(−35)
−38
(−39)
Purata kerpasan, inci (mm) 0.38
(9.7)
0.70
(18)
1.19
(30)
2.23
(57)
4.22
(107)
3.41
(87)
2.90
(74)
1.99
(51)
1.81
(46)
1.68
(43)
0.62
(16)
0.43
(11)
21.56
(549.7)
Purata curahan salji, inci (cm) 5.8
(15)
7.9
(20)
10.4
(26)
10.8
(27)
1.2
(3.0)
0.1
(0.25)
0.0
(0.0)
0.0
(0.0)
0.6
(1.5)
3.6
(9.1)
6.2
(16)
5.8
(15)
52.4
(132.85)
Purata bilangan hari kerpasan (≥ 0.01) 4.3 4.7 6.3 8.2 11.9 12.6 11.4 9.3 7.4 6.8 4.4 4.2 91.5
Purata bilangan hari salji (≥ 0.1) 3.9 3.8 3.9 3.1 0.6 0.0 0.0 0.0 0.3 1.4 2.7 3.4 23.1
Sumber 1: [8]
Sumber 2: [9]

Sejarah sunting

Pemilikan asal sunting

Gunung ini dikenali dalam kalangan suku Lakota sebagai Tȟuŋkášila Šákpe (The Six Grandfathers, "Enam Datuk") atau Igmútȟaŋka Pahá (Cougar Mountain, "Gunung Kugar").[10][11] Pemerintah Amerika Syarikat menjanjikan hak milik kawasan gunung itu diserahkan kepada masyarakat tersebut dalam Perjanjian Fort Laramie 1868, namun pihak pemerintah mengingkari janji ini dengan bertambahnya peneroka kulit putih ke kawasan tersebut mencari emas lalu memaksa suku Lakota melepaskan hak milik itu.[12]

Pengukiran sunting

Seorang sejarawan South Dakota, Doane Robinson, adalah orang pertama yang menggagasan pengukiran wajah orang ternama pada muka Black Hills untuk mempromosikan pelancongan di daerah tersebut. Gagasan awalnya sebetulnya adalah hendak mengukir di bahagian gunung yang disebut Needles. Namun Gutzon Borglum menolaknya kerana mutu granit di sana kurang baik dan menguatnya tentangan yang kuat dari kelompok-kelompok penduduk asli Amerika. Akhirnya mereka memilih lokasi Gunung Rushmore, yang juga memiliki keuntungan kerana menghadap ke tenggara sehingga memperoleh paparan sinar matahari secara maksimal. Robinson semula menginginkan untuk menampilkan pahlawan-pahlawan western seperti Lewis dan Clark, Red Cloud,[13] dan Buffalo Bill Cody,[14] Tetapi Borglum memutuskan bahawa ukiran harus lebih bersifat nasional dan memilih wajah keempat presiden tersebut untuk diukir di gunung.

Setelah mengamankan pendanaan melalui penaja yang teruja dari "pelindung politik besar Gunung Rushmore", Senator Peter Norbeck,[15] pembangunan dari ukiran peringatan ini dimulai pada tahun 1927, dan wajah para presiden yang diukir rampung antara tahun 1934 sampai 1939. Dengan meninggalnya Gutzon pada bulan Mac 1941, anaknya Lincoln mengambil alih pembangunan. Walaupun konsep awal bermaksud mengukir setiap presiden itu dari kepala sampai pinggang, tetapi karena ketiadaan dana terpaksa pembangunan dihentikan di akhir bulan Oktober 1941.

Rujukan sunting

  1. ^ Roberts, Sam (June 28, 2016). "An Immigrant's Contribution to Mount Rushmore Is Recognized, 75 Years Later". New York Times. Dicapai pada September 19, 2017.
  2. ^ Andrews, John (May 2014). "Slight of Hand". South Dakota Magazine. Dicapai pada September 22, 2017.
  3. ^ Mount Rushmore National Memorial. December 6, 2005.60 SD Web Traveler, Inc. Retrieved April 7, 2006.
  4. ^ McGeveran, William A. Jr. et al. (2004). The World Almanac and Book of Facts 2004. New York: World Almanac Education Group, Inc. ISBN 0-88687-910-8.
  5. ^ Mount Rushmore, South Dakota (November 1, 2004). Peakbagger.com. Retrieved March 13, 2006.
  6. ^ "Park Statistics". National Park Service. Dicapai pada 4 Januari 2014.
  7. ^ Geologic Activity. National Park Service.
  8. ^ "Monthly Averages for Mount Rushmore Natl Memorial, SD". The Weather Channel. Dicapai pada January 3, 2014.
  9. ^ "NOWData – NOAA Online Weather Data". National Oceanic and Atmospheric Administration. Dicapai pada January 3, 2014.
  10. ^ "Feature Detail Report for: Mount Rushmore". US Board on Geographic Names. February 13, 1980.
  11. ^ "Untold Stories Discussion Guide: Baker and Mount Rushmore" (PDF). The National Parks: America's Best Idea. PBS. m/s. 2. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 18 Oktober 2015. Mount Rushmore – a rocky outcropping the Lakota had called 'The Six Grandfathers,' named for the earth, the sky, and the four directions
  12. ^ "Native Americans and Mount Rushmore". PBS. Dicapai pada 26 Mac 2020.
  13. ^ '!, episode 5x08 "Mount Rushmore", May 10, 2007
  14. ^ "Making Mount Rushmore | Mount Rushmore". Oh, Ranger!. Dicapai pada October 31, 2012.
  15. ^ "Biography:Senator Peter Norbeck". American Experience: Mount Rushmore. PBS. Dicapai pada 20 July 2013.

Bacaan lanjut sunting

  • Larner, Jesse. Mount Rushmore: An Icon Reconsidered New York: Nation Books, 2002.
  • Taliaferro, John. Great White Fathers: The Story of the Obsessive Quest to Create Mount Rushmore. New York: PublicAffairs, c2002. Puts the creation of the monument into a historical and cultural context.
  • The National Parks: Index 2001–2003. Washington: Jabatan Dalam Negeri Amerika Syarikat

Pautan luar sunting