Gunung Setong

(Dilencongkan dari Gunung Stong)

Gunung Setong atau turut dikenali sebagai Gunung Stong, merupakan sebuah gunung yang terletak di Dabong, Jajahan Kuala Krai, Kelantan, Malaysia, terletak kira-kira 300 km ke barat daya Kota Bharu. Walaupun berada di jajahan Kuala Krai, ia secara relatifnya terletak berhampiran dengan jajahan Gua Musang.

Gunung Setong
Gunung Stong
Titik tertinggi
Ketinggian1,422 m (4,665 ka)
Geografi
LokasiJajahan Kuala Krai, Kelantan
Induk banjaranBanjaran Titiwangsa
Air terjun Jelawang, Gunung Setong

Gunung berketinggian 1,422 meter (4,664 kaki) ini terkenal dalam kalangan para pendaki dan pencinta alam oleh kerana laluan pendakiannya yang mencabar fizikal dan mental, namun menyajikan keindahan hutan belantara.

Geografi sunting

Gunung Setong terletak di dalam suatu massif di bahagian utara jajaran Banjaran Titiwangsa. Ia dikelilingi oleh beberapa puncak lain seperti gunung Basor, Gunung Ayam, Gunung Baha, Gunung Anak Noring dan Gunung Chamah. Kawasan ini turut menempatkan habitat harimau Malaya yang merupakan salah satu species haiwan yang dilindungi di Malaysia.[1]

Jenis hutan sunting

Gunung ini mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Ciri menarik sunting

Gunung Setong dan kawasan sekitarnya merupakan sebahagian daripada Taman Negeri dan Geotaman Gunung Stong dan digambarkan sebagai sebuah lokasi ekopelancongan yang terkenal di Kelantan dan juga Malaysia. Turut mengalir di kawasan itu adalah Air Terjun Jelawang setinggi 303 meter yang juga merupakan antara air terjun tertinggi di Asia Tenggara.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ BIG 5 MALAYSIAN ANIMAL SERIES: The Malayan Tiger
    By Mohd Momin Khan
  2. ^ "Jambatan gantung di Gunung Stong menjadi daya tarikan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-28. Dicapai pada 2017-08-09.

Pautan luar sunting