Gunung Telapak Buruk

(Dilencongkan dari Gunung Telapa Buruk)

Gunung Telapak Buruk atau juga dikenali sebagai gunung Telapa Buruk atau Tepalak Buruk, di antara Kampung Ulu Klawang, Jelebu dan Pantai, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia, mempunyai ketinggian setinggi 1,193 meter (3,913 kaki) dari aras laut. [1]

Gunung Telapak Buruk
Titik tertinggi
Ketinggian1,193 m (3,914 ka)
Geografi
LokasiDaerah-daerah Jelebu dan Seremban, Negeri Sembilan
Induk banjaranBanjaran Titiwangsa

Gunung ini terletak pada latitud U2°50'28" dan longitud T102°04'14"

Di atas gunung ini terdapat menara pemancar telekomunikasi milik Celcom. Pemancar TV dan radio di Gunung Telapak Buruk meliputi kawasan Seremban, Jelebu, Rembau utara, Jempol, Kuala Pilah, dan Port Dickson di Negeri Sembilan, sebahagian kawasan barat Pahang seperti Triang, dan sebahagian selatan Selangor.

Gunung Telapak Buruk menjadi tumpuan pendaki gunung untuk mendaki di Negeri Sembilan kerana ia merupakan antara gunung tertinggi di negeri itu.[2]

Bangkai pesawat sunting

Sebuah bangkai pesawat pengebom B-24 dilaporkan dijumpai di gunung tersebut. Pesawat pengebom RAF B-24 Liberator (KL654R) yang membawa lapan kru berlepas dari Kepulauan Cocos, Australia dalam satu misi pembekalan semula (resupply) pasukan Force 136. Namun pesawat itu dilaporkan tidak tiba di lokasi yang telah ditetapkan dan seminggu kemudian, pesawat itu dilaporkan terhempas pada 23 Ogos 1945 ketika Perang Dunia Kedua.

Sebahagian bangkai pesawat malang itu ditemui pada 1996 di Negeri Sembilan sebelum ‘pencarian rasmi’ dilakukan pada 22 Disember 2006. Tiga tahun kemudian, ekskavasi yang dilakukan pada 29 Ogos 2009 menemui 80 cebisan tulang kru pesawat tersebut. Kesemua cebisan tulang itu telah diserahkan kepada Penasihat Pertahanan Tentera British, Kapten Kenneth Taylor dan disemadikan di Tanah Perkuburan Tentera Komanwel Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2012, sambil disaksikan oleh waris dan ahli keluarga kru terlibat.[3]

Gunung ini mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

[[pautan mati kekal] Peta Gunung Telapa Buruk]

Rujukan sunting

  1. ^ A Field Guide to the Birds of Peninsular Malaysia and Singapore, By Allen Jeyarajasingam
  2. ^ "Ekspedisi santai dua puncak". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-08. Dicapai pada 2017-08-08.
  3. ^ B24 Liberator KL654 berkecai di Langkap

Pautan luar sunting