Gunung Ulu Kali merupakan sebuah gunung yang terletak di Ulu Yam Baru, Hulu Selangor, Selangor, bersempadan dengan Genting Highlands, Bentong, Pahang.[1] Dengan ketinggian setinggi 1,774 meter (5,814 kaki),[2] Ulu Kali adalah kemuncak kedua tertinggi di Selangor.

Gunung Ulu Kali
Titik tertinggi
Ketinggian1,774 m (5,820 ka)
Geografi
LokasiDaerah Hulu Selangor, Selangor
Daerah Bentong, Pahang
Induk banjaranBanjaran Titiwangsa

Jenis hutan

sunting

Gunung Ulu Kali mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Infrastruktur

sunting

Di atas gunung itu juga terletak stesen pemancar televisyen dan radio,[3] di sini dikhususkan bagi penduduk di kawasan Selangor, Kuala Lumpur, barat Pahang, selatan Perak dan bahagian utara Negeri Sembilan. Bagi TV RTM stesen pemancar Gunung Ulu Kali dikhususkan kepada penduduk di barat Pahang, Selangor dan selatan Perak. Bagi Kuala Lumpur siaran TV dan radio RTM menerima pancaran dari Menara Kuala Lumpur. Bagi siaran radio dan TV pula, pemancar FM dan TV dikhususkan bagi pendengar di seluruh Selangor, Lembah Klang (Kuala Lumpur dan Putrajaya), Pahang Barat, Perak Selatan dan bahagian utara Negeri Sembilan.

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting