Gunung berapi Acotango

Gunung berapi Acotango merupakan yang ditengah dan tertinggi dalam kumpulan gunung berapi strato yang merentasi sempadan Bolivia dan Chile. Ia memiliki ketinggian 6,052 meter (19,856 ka). Kumpulan ini dikenali sebagai Kimsa Chata dan terdiri daripada tiga gunung: gunung berapi Acotango, gunung berapi Umurata (5,730 meter (18,799 ka)) di utaranya dan gunung berapi Cerro Capurata (5,990 meter (19,652 ka)) di selatannya.

Acotango
Gunung berapi Acotango (kiri) dan gunung berapi Capurata (kanan)
Titik tertinggi
Ketinggian6,052 m (19,856 ka)
Tonjolan852 meter (2,795 ka)
Pengasingan6.19 kilometer (3.85 bt)
Geografi
Gunung berapi Acotango is located in Bumi
Gunung berapi Acotango
Gunung berapi Acotango (Bumi)
Induk banjaranAndes
Geologi
Jenis gunungGunung berapi stratovo
Letusan terakhirtidak diketahui - dalam 10,000 tahun terakhir
Pendakian
Pendakian pertama1965 Club Andino de Chile
Laluan paling mudahpendakian salji/ais

Kumpulan gunung berapi itu terletak di sepanjang jajaran utara-selatan. Gunung berapi Acotango banyak mengalami hakisan, tetapi aliran lava di sebelah utara adalah morfologi muda, menunjukkan Acotango aktif pada zaman Holocene.[1]

Gunung berapi ini merupakan laluan mendaki popular di Taman Negara Sajama dan Taman Negara Lauca. Untuk mendaki puncak dari sebelah Chile adalah merbahaya kerana periuk api, tetapi ia adalah agak selamat untuk mendaki puncak dari sebelah Bolivia.[2] Pendakian dari selatan bermula melalui glasier dan melepasi lombong tembaga terbengkalai.

Adalah dipercayai bahawa Pedro Rosende, seorang penjelajah Chile, menemui sisa kayu api di puncak gunung berapi Acotango. Oleh kerana itu, ia dipercayai bahawa gunung itu mungkin telah menjadi salah satu daripada kawasan perlindungan Andean Incan tinggi. Walau bagaimanapun, lebih banyak penerokaan diperlukan untuk mengesahkan maklumat ini.[3]


Rujukan sunting

  1. ^ "Acotango Volcano" nd Volcano Discovery http://www.volcanodiscovery.com/acotango.html
  2. ^ Andean Summits 2013 Acotango;One of the triplets http://www.andeansummits.com/content/acotango-one-tripplets Diarkibkan 2013-07-23 di Wayback Machine
  3. ^ Chiles 6000 nd Volcan Acotango South Face http://www.los6000dechile.cl/pdf/bch_cumbres_03_acotango.pdf Diarkibkan 2013-11-16 di Wayback Machine


Templat:Oruro-geo-stub Templat:AricaParinacota-geo-stub