Gunung lipat ialah gunung yang kebanyakannya terbentuk oleh kesan lipatan pada lapisan di dalam bahagian atas kerak bumi. Sebelum teori plat tektonik terbentuk, atau seni bina dalaman jalur tujah menjadi lebih difahami, istilah ini dahulu digunakan untuk kebanyakan kawasan gunung, seperti Himalaya. Istilah ini masih agak biasa dalam kepustakan geografi fizikal tetapi sebaliknya semakin kurang digunakan secara umum kecuali seperti dihuraikan di bawah. Daya yang bertanggungjawab bagi pembentukan gunung lipat dipanggil gerakan orogeni. Istilah orogeni terbit daripada perkataan bahasa Greek yang bermaksud pembinaan gunung. Daya ini bertindak pada tangen ke permukaan bumi dan terutamanya hasil plat tektonik.

Pergunungan Zagros, kelihatan dari angkasa.

PembentukanSunting

Gunung lipat terbentuk apabila dua plat tektonik bergerak menuju antara satu sama lain di sempadan plat pertembungan. Apabila plat dan benua menungganginya berlanggar, lapisan batu terkumpul boleh merenyuk dan lipat seperti alas meja yang ditolak merentasi meja, terutamanya jika terdapat lapisan lemah mekanik seperti garam. Gunung yang dibentuk sebegitu selalunya lebih panjang berbanding lebar.[1]

ContohSunting

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ a b Ulmer, S. (11 August 2011). "Fold mountains slip on soft areas". ETH Life. ETH Zürich. Dicapai pada 21 February 2012.
  2. ^ Kankam-Yeboah, K.; Dapaah-Siakwan, S.; Nishigaki, M.; Komatsu, M. (2003). "The Hydrogeological Setting of Ghana and the Potential for Underground Dams" (PDF). Journal of the Faculty of Environmental Science and Technology. Okayama University. 8 (1): 39–52.