Gurun Sonora
Gurun Sonora (bahasa Inggeris: Sonoran Desert , Sepanyol: Desierto de Sonora ) ialah padang pasir dan kawasan ekologi sebahagian besarnya meliputi negeri-negeri Arizona dan California barat daya Amerika Syarikat serta negeri-negeri Sonora, Baja California dan Baja California Sur di barat laut Mexico seluruhnya di benua Amerika Utara. Ia padang pasir terpanas di Mexico. Ia mempunyai keluasan 260,000 kilometer persegi (100,000 bt2).
Gurun Sonora | |
---|---|
Ekologi | |
Wilayah | Nearctic |
Bioma | Deserts and xeric shrublands |
Sempadan |
|
Spesies burung | 246[1] |
Spesies mamalia | 120[1] |
Geografi | |
Kawasan | 222,998 km2 (86,100 bt2) |
Negara | Mexico and Amerika Syarikat |
Negeri | Arizona, Baja California, California and Sonora |
Koordinat | 32°15′N 112°55′W / 32.250°N 112.917°WKoordinat: 32°15′N 112°55′W / 32.250°N 112.917°W |
Sungai | Sungai Colorado |
Konservasi | |
Status pemuliharaan | Relatively Stable/Intact[2] |
Habitat yang berkurang | 10.5%[1] |
Dilindungi | 39%[1] |
Geografi
suntingIklim dan suhu
suntingGurun ini beriklim gersang. Suhu di kawasan dataran rendahnya panas sepanjang tahun dengan hujan yang jarang dan tidak tentu bercurahan selalunya kurang daripada 90 mm setahun. Tanah tinggi Arizona menerima purata curahan hujan sebanyak antara 100-300 mm setahun dalam corak dwimusim yang lebih teratur.[2]
Flora dan fauna
suntingSebanyak 350 spesies burung, 20 spesies amfibia, lebih 100 spesies reptilia, 30 spesies ikan, lebih 1000 spesies lebah serta lebih 2,000 spesies tumbuhan yang boleh didapati duduk asal dalam habitat gurun.[3]
Keadaan hujan dwiiklim unik gurun ini menyumbang kepada persekitaran yang ideal untuk tumbuhan hidup di gurun ini jauh melebihi keadaan padang-padang pasir lain serata dunia;[2] ia merupakan habitat pelbagai jenis genus dan spesies agave, palma, kaktus, kekacang dan banyak lagi yang berciri khusus menyesuaikan diri kepada iklim disebut.
Petempatan
suntingGurun ini menempatkan lebih 17 masyarakat peribumi asli Amerika yang bertumpu di California dan Arizona serta di Mexico. Bandar terbesar di gurun ini ialah Phoenix terletak di Sungai Salt tengah negeri Arizona dengan populasi metropolitan kira-kira 4.7 juta pada 2017;[4] ia adalah salah satu kawasan metropolitan yang paling pesat berkembang di Amerika Syarikat. Bandar kedua terbesar ialah Tucson di selatan negeri sama dengan populasi kawasan metro lebih daripada 1 juta orang[5] disusuli Mexicali di Baja California, Mexico dengan populasi metropolitan bersaiz serupa iaitu sekitar 1,000,000 orang.
Rujukan
sunting- ^ a b c d "The Atlas of Global Conservation". maps.tnc.org. Dicapai pada 2020-11-16.
- ^ a b c "Sonoran desert". Terrestrial Ecoregions. Tabung Hidupan Liar Sedunia.
- ^ "Surviving the Sonoran". The Smithsonian's National Zoo and Conservation Biology Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 April 2010.
- ^ "U.S. Census website". United States Census Bureau. Dicapai pada 2019-01-31.
- ^ Table 1: Annual Estimates of the Population of Metropolitan and Micropolitan Statistical Areas: April 1, 2000 to July 1, 2006 (CBSA-EST2006-01) Diarkibkan September 14, 2007, di Wayback Machine, United States Census Bureau, 2007-04-05.
Pautan luar
sunting- Arizona–Sonora Desert Museum
- Map of the Sonoran Desert Ecoregion
- Sonoran Desert and its subdivisions – foto-foto suasana dan pemadangan sekitaran gurun
- An Overview of the Sonoran Desert - William G. McGinnies
- The Sonoran Desert Naturalist
- International Sonoran Desert Alliance
- Sounds of the Sonoran Desert
- Sonoran Desert National Monument