Gustav Stresemann (10 Mei 1878 – 3 Oktober 1929) merupakan ahli politik dan negarawan Jerman yang berkhidmat sebagai Canselor Jerman pada tahun 1923 dan sebagai Menteri Luar Jerman 1923-1929, ketika Republik Weimar.

Gustav Stresemann (1926)

Pencapaian beliau yang paling ketara adalah perdamaian antara Jerman dan Perancis, di mana beliau dan Aristide Briand telah menerima Hadiah Keamanan Nobel 1926. Dalam tempoh politik yang tidak stabil dan rapuh serta kerajaan yang tidak kekal lama, beliau secara general dilihat sebagai ahli kabinet paling berpengaruh ketika kewujudan Republik Weimar. Sepanjang perjalanan politiknya, beliau telah bersama dengan tiga parti liberal; beliau merupakan tokoh dominan untuk Parti Rakyat Jerman ketika Republik Weimar.

Stresemann telah meninggal dunia pada 3 Oktober 1929 di usia 51 tahun kerana angin ahmar.

Bibliografi sunting

Pautan luar sunting