Gustavo Raúl Gómez Portillo (lahir 6 Mei 1993) merupakan seorang pemain bola sepak Paraguay yang kini beraksi untuk kelab Itali, A.C. Milan.

Gustavo Gómez
Maklumat peribadi
Nama penuh Gustavo Raúl Gómez Portillo
Tarikh lahir (1993-05-06) 6 Mei 1993 (umur 30)
Tempat lahir San Juan Bautista, Paraguay
Ketinggian 1.85 m (6 ka ​ 1316 in)
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Milan
Nombor 15
Kerjaya remaja
Libertad
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011–2014 Libertad 57 (7)
2014–2016 Lanús 63 (6)
2016– Milan 7 (0)
Pasukan kebangsaan
2010 Paraguay B17 13 (1)
2012–2013 Paraguay B20 25 (3)
2013– Paraguay 16 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 30 Oktober 2016
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15:43, 28 Jun 2016 (UTC)

Kerjaya kelab sunting

Gómez dilihat salah satu pemain pertahanan berpotensi di Paraguay dan beliau memulakan kariernya di Libertad. Pada musim panas 2014, Gómez meninggalkan Libertad untuk berpindah ke kelab Argentina, Lanús.[1] Sepanjang Gomez mengawal benteng pertahanan Lanus, pasukannya hanya dibolosi sepuluh gol dalam 17 perlawanan sepanjang laluannya untuk merangkul kejuaraan Divisyen Argentina.

Milan sunting

Pada 5 Ogos 2016, Gómez melengkapkan perpindahan ke Milan dengan bayaran yang dilaporkan sekitar 8.5 juta [[euro] dan beliau menandatangani kontrak lima tahun.[2] Beliau menjadi pemain Paraguay pertama di Milan. Selepas menyertai Milan, beliau memilih nombor 15 sebagai kenangan terhadap bekas rakan sepasukannya di Lanús, Diego Barisone yang maut akibat kemalangan kereta.[3] Pada 27 Ogos 2016, beliau melakukan debut untuk Milan di Serie A menentang Napoli yang berkesudahan Napoli menewaskan Milan 4-2.

Kerjaya antarabangsa sunting

Gustavo melakukan penampilan sulung untuk pasukan kebangsaan Paraguay ketika menentang Bolivia pada 7 September 2013 semasa berusia 20 tahun.[4] Pada perlawanan itu juga, beliau menjaringkan gol antarabangsa pertamanya.[5] Sejak itu, beliau menjadi pemain tetap Paraguay dan beraksi ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan saingan Copa América Centenario pada tahun 2016.

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
7 September 2013 Asunción, Paraguay   Bolivia
4–0
4–0
Kelayakan Piala Dunia 2014
2
6 Mac 2014 San José, Costa Rica   Costa Rica
1–2
1–2
Persahabatan

Catatan sunting

Pautan luar sunting

Templat:Skuad Paraguay Copa América Centenario