Gwanghaegun dari Joseon

Gwanghae-gun atau Putera Gwanghae (4 Jun 1575 – 7 Ogos 1641; memerintah 1608 – 1623; Jawi: ڤوترا ڬواڠهي) ialah raja kelima belas dari dinasti Joseon. Nama peribadi baginda ialah Yi Hon. Ketika baginda digulingkan dalam sebuah kudeta, sejarahwan rasmi yang terkemudian tidak memberinya nama kuil seperti Taejo atau Sejong.

Yi Hon
Raja Joseon
Pemerintahan1608–1623
Didahului olehSeonjo dari Joseon
Diikuti olehInjo dari Joseon
Pemangku Raja Joseon
Pangkuan Raja1592–1608
MonarkiSeonjo dari Joseon
Keputeraan4 Jun 1575
Hanseong, Kerajaan Joseon
Kemangkatan7 Ogos 1641(1641-08-07) (umur 66)
Pulau Jeju, Kerajaan Joseon
Suri dampingPermaisuri Yu yang Digulingkan
KerabatYi dari Jeonju
AyahandaSeonjo dari Joseon
BondaSuri Mulia Diraja Gong
AgamaKonfusianisme
Gwanghaegun dari Joseon
HangulRalat Lua pada baris 853 di Modul:Lang: Tried to read nil global template.
HanjaRalat Lua pada baris 853 di Modul:Lang: Tried to read nil global template.
Perumian Semakan[Gwanghae] error: {{transl}}: unrecognized language / script code: ko (bantuan)
McCune–Reischauer[Kwanghae] error: {{transl}}: unrecognized language / script code: ko (bantuan)
Nama lahir
HangulRalat Lua pada baris 853 di Modul:Lang: Tried to read nil global template.
HanjaRalat Lua pada baris 853 di Modul:Lang: Tried to read nil global template.
Perumian Semakan[I Hon] error: {{transl}}: unrecognized language / script code: ko (bantuan)
McCune–Reischauer[I Hon] error: {{transl}}: unrecognized language / script code: ko (bantuan)

BiografiSunting

Keputeraan dan latar belakangSunting

Gwanghaegun ialah putera kedua Raja Seonjo, yang dilahirkan oleh Puan Besar Kim (Gongbin), iaitu seorang gundik. Ketika Jepun menakluk Korea untuk menyerang Empayar Ming, baginda dilantik sebagai Putera Mahkota. Ketika raja melarikan diri ke utara hingga ke perbatasan Ming, baginda mendirikan istana kecil dan bertempur melalui strategi pertahanan. Semasa dan setelah Perang Tujuh Tahun (1592 – 1598), baginda bertindak sebagai penguasa de facto Dinasti Joseon, mengharungi pertempuran dan mengurus pembangunan semula negara setelah perang yang dahsyat, bagi pihak Raja Seonjo yang sudah tua dan lemah.

Walaupun membawa prestij kepada dirinya, kedudukannya masih tidak stabil. Baginda mempunyai saudara lelaki yang lebih tua tetapi tidak cekap iaitu Putera Imhae (Imhaegun, 임해군, 臨海 君) dan saudara lelaki yang lebih muda tetapi sah, Putera Besar Yeong-chang (Yeong-chang Daegun, 영창 대군, 永昌 大君), yang disokong oleh puak Utara Kecil. Mujur untuk Gwang-hae, kematian Raja Seonjo secara tiba-tiba menjadikan mustahil untuk putera kesayangan Seonjo iaitu Yeong-chang Daegun menaiki takhta.

Keganasan puak Utara BesarSunting

Sebelum Raja Seonjo mangkat, baginda menamakan Putera Gwang-hae sebagai pengganti rasmi takhta dan memerintahkan penasihatnya untuk membuat dokumen kerajaan. Namun, Lyu Young-gyong dari puak Utara Kecil menyembunyikan dokumen itu dan merancang untuk memasang mengangkat Yeong-chang sebagai raja, hanya untuk diketahui oleh ketua puak Utara Besar (대북; 大北), Chung In-hong. Lyu dihukum mati dan Putera Yeong-chang ditangkap dan mangkat pada tahun berikutnya.

Selepas kejadian itu, Gwang-hae cuba membawa pegawai dari berbagai latar belakang politik dan wilayah ke istananya, tetapi rancangannya terganggu oleh puak Utara Besar termasuk Lee Icheom dan Chung In-hong. Kemudian, puak Utara Besar mula mengeluarkan anggota puak politik lain dari barisan pemerintahan, terutama Utara Kecil. Pada tahun 1613, puak Utara Besar bergerak menentang Putera Yeong-chang; datuknya Kim Jenam didapati bersalah kerana pengkhianatan dan dihukum bunuh, sementara Yeong-chang dihantar ke pengasingan, di mana dia juga dibunuh. Pada masa yang sama, puak Utara Besar menekan Utara Kecil; pada tahun 1618, ibu Yeong-chang, Permaisuri In-mok pula, dilucutkan gelarannya dan dipenjarakan. Gwang-hae tidak mempunyai kekuatan untuk menghentikan ini walaupun baginda ialah ketua rasmi kerajaan.

PencapaianSunting

Walaupun reputasinya buruk setelah kemangkatannya, baginda ialah seorang ahli politik yang berbakat dan pragmatik. Baginda berusaha untuk memulihkan negara dan menaja pemulihan dokumen. Sebagai bahagian daripada pembangunan semula, baginda menyemak peraturan tanah dan mengagihkan tanah kepada rakyat; baginda juga memerintahkan pembangunan semula Istana Changdeok bersama dengan beberapa istana lain. Selain itu, baginda bertanggungjawab untuk memperkenalkan semula sistem pengenalan hopae setelah lama tidak digunakan.[1]

Dalam urusan luar negeri, baginda mencari keseimbangan antara Empayar Ming dan Manchu. Sejak baginda sedar Joseon tidak dapat bersaing dengan Manchu dari segi kuasa ketenteraan, baginda cuba untuk mengekalkan hubungan mesra dengan Manchu walaupun kerajaan masih di bawah pertuanan Ming, yang menimbulkan sakit hati pihak Dinasti Ming dan dogmatik Konfusian Korea. Hubungan Manchu-Ming yang semakin teruk memaksanya menghantar sepuluh ribu orang tentera untuk menolong Ming pada tahun 1619. Namun, Pertempuran Sarhū berakhir dengan kemenangan besar Manchu. Jeneral Korea Gang Hong-rip kehilangan dua pertiga tenteranya dan menyerah kalah kepada Nurhaci. Gwanghaegun berunding secara bebas untuk berdamai dengan pihak Manchu dan berjaya mengelakkan perang yang lain. Baginda juga memulihkan hubungan diplomatik dengan Jepun pada tahun 1609 ketika baginda membuka kembali perdagangan dengan Jepun melalui Perjanjian Giyu, dan mengirim duta besarnya ke Jepun pada tahun 1617.

Dalam bidang domestik, Gwanghaegun menerapkan undang-undang Daedong, yang memungkinkan rakyatnya membayar cukai mereka dengan lebih mudah. Namun, undang-undang ini hanya diaktifkan di Wilayah Gyeonggi, yang merupakan zon jelapang terbesar pada waktu itu, dan diperlukan selama satu abad untuk undang-undang tersebut diperluas ke seluruh negara. Baginda mendorong penerbitan untuk mempercepat pembangunan kembali dan mengembalikan kesejahteraan kerajaan sebelumnya. Banyak buku ditulis semasa pemerintahannya, termasuk buku perubatan terkenal Donguibogam, dan beberapa catatan sejarah ditulis semula pada masa ini. Pada tahun 1616, tembakau pertama kali diperkenalkan ke Korea dan segera menjadi popular di kalangan bangsawan Korea.

Penggulingan dan kehidupan kemudianSunting

Pada 6 April 1623, Gwanghaegun digulingkan dalam rampasan kuasa oleh puak Barat. Rampasan kuasa yang diarahkan oleh Kim Yu berlaku pada waktu malam, Gwanghaegun melarikan diri tetapi ditangkap kemudiannya.[2] Baginda mulanya dikurung di Pulau Ganghwa dan kemudian di Pulau Jeju, tempat baginda meninggal pada tahun 1641. Baginda tidak mempunyai makam kerajaan seperti raja Joseon yang lain. Jasad baginda dan Puan Besar Ryu dikebumikan di sebuah tapak yang tidak seberapa nilainya di Namyangju di Wilayah Gyeonggi. Faksi orang Barat mengangkat Neungyanggun sebagai Raja Injo iaitu raja keenam belas yang melaksanakan dasar pro-Ming dan anti-Manchu, lalu mengakibatkan dua serangan Manchu berikutnya.

WarisanSunting

 
Makam Gwanghaegun

Walaupun Gwanghaegun ialah salah seorang daripada hanya dua orang raja yang digulingkan yang tidak dipulihkan dan diberi nama kuil (yang seorang lagi ialah Yeonsangun ), banyak orang  anggap baginda ialah mangsa kepada perseteruan antara puak politik.  Namun, baginda melakukan pekerjaan yang lebih baik untuk menjaga negaranya daripada pendahulunya Raja Seonjo, atau penggantinya Raja Injo.  Mereka berdua menyumbang kepada pencerobohan — pencerobohan Jepun ke Korea (1592–1598), Perang Tujuh Tahun; dan Pencerobohan Manchu.

Pada pandangan Korea Selatan moden, Gwanghaegun dianggap sebagai raja yang lebih bijaksana dan bukannya pe­me­rintah kuku besi.

Nama eulogistikSunting

  • Raja Agung Checheon Heung'un Jundeok Honggong Sinseong Yeongsuk Heummun Inmu Seoryun Ipgi Myeongseong Gwangryeol Yungbong Hyeonbo Mujeong Junghui Yecheol Jang'ui Jangheon Sunjeong Geon'ui Sujeong Changdo Sung'eop dari Korea
  • Ralat Lua pada baris 853 di Modul:Lang: Tried to read nil global template.

Dalam budaya popularSunting

Filem dan televisyenSunting

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Rutt, Richard; Pratt, Keith L.; Hoare, James (1999). Korea: A Historical and Cultural Dictionary. United Kingdom: Routledge. ISBN 0-7007-0463-9.
  2. ^ "승정원일기 1책(탈초본 1책) 인조 1년 3월 12일 임인". 승정원일기. Dicapai pada 12 December 2017.
Gwanghaegun dari Joseon
Tarikh keputeraan: 1575 Tarikh kemangkatan: 1641
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Seonjo
Raja Joseon
1608–1623
Diikuti oleh:
Injo