György Garics

Pemain bola sepak

György Garics (Croatia: Jurica Garić lahir 8 Mac 1984 di Szombathely, Hungary) merupakan pemain bola sepak Austria kelahiran Hungary berketurunan Croatia yang bermain sebagai pertahanan untuk kelab Serie A, Bologna.

György Garics
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1984-03-08) 8 Mac 1984 (umur 40)
Tempat lahir Szombathely, Hungary
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Pertahanan kanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Bologna
Nombor 8
Kerjaya remaja
1990–1998 Haladás VSE
1998–2002 Rapid Vienna
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2002–2006 Rapid Vienna 81 (1)
2006–2008 Napoli 37 (1)
2008–2010 Atalanta 65 (1)
2010– Bologna 64 (2)
Pasukan kebangsaan
2005 Austria B-21 25 (2)
2006– Austria 31 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16 Mac 2013
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 22 Mac 2013

Karier bola sepak sunting

Walaupun lahir di Hungary dan berketurunan Croatia, Garics berpindah ke Vienna sewaktu berumur 14 tahun dan memulakan karier bola sepaknya di Austria bersama kelab Rapid Vienna pada tahun 2002; ketika musim pertamanya sebagai seorang remaja, dia membuat dua penampilan.

Bermula musim 2004–05, pemain muda itu mula menjadi ahli penting dalam pasukan utama dan Rapid Vienna memenangi Austrian Bundesliga. Dia juga turut menjadi kapten pasukan kebangsaan bawah 21 Austria.

Setelah membuat 81 penampilan untuk Rapid Vienna dan menjaringkan satu gol, dia dibeli oleh kelab Itali, Napoli dengan bayaran €500,000,[1]. Dia membuat penampilan pertamanya ketika menentang Triestina pada 23 September 2006. Selepas itu, dia menerima panggilan ke [Pasukan bola sepak kebangsaan Austria|pasukan kebangsaan Austria]] pada 6 Oktober 2006 menentang Liechtenstein dan menjaringkan gol dalam penampilan antarabangsa pertamanya.

Dia juga dipanggil ke dalam skuad untuk Euro 2008 dan bermain dalam kesebelasan utama ketika perlawanan ketiga Austria menentang Jerman di Vienna.

Garics menyertai Atalanta dari Napoli pada bulan Julai 2008, dengan bayaran €1.5 juta.[2] Atalanta memblei pemilikan penuh untuk pemain itu dengan bayaran €1 juta[2] pada 26 Jun 2009.[3]

Selepas Atalanta disingkirkan dari Serie A, Garics dijual kepada Bologna pada 9 Ogos 2010,[4] dengan bayaran €3 juta.[5] Garics mengalami kecederaan serius pada tahun 2011.

Kejayaan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "SSC Napoli 2006–07 Annual Report" (PDF). SSC Napoli (dalam bahasa Italian). Re-Published by direttanapoli.it. ca. October 2007. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-12-25. Dicapai pada 15 June 2011. Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ a b "SSC Napoli 2008–09 Annual Report" (PDF). SSC Napoli (C.C.I.A.A. Archive) (dalam bahasa Italian). ca. January 2010. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-12-25. Dicapai pada 17 June 2011. Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "Napoli, le comproprietà risolte" (dalam bahasa Italian). SSC Napoli. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-28. Dicapai pada 28 June 2009.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "RAIMONDI ALL'ATALANTA, GARICS AL BOLOGNA" (dalam bahasa Italian). Atalanta BC. 9 August 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-30. Dicapai pada 9 August 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Bilancio intermedio al 31 dicembre 2010: Nota integrativa: parte 1" (PDF). Bologna FC 1909 (dalam bahasa Italian). 4 April 2011. Dicapai pada 14 June 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar sunting