Héctor Miguel Herrera

Mexican footballer
(Dilencongkan dari Héctor Herrera)

Héctor Miguel Herrera López (lahir 19 April 1990) merupakan pemain bola sepak Mexico yang kini bermain untuk Houston Dynamo dan pasukan kebangsaan Mexico. Beliau bermain di posisi pemain tengah.

Héctor Herrera
Maklumat peribadi
Nama penuh Héctor Miguel Herrera López
Tarikh lahir (1990-04-19) 19 April 1990 (umur 33)
Tempat lahir Tijuana, Mexico
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Houston Dynamo
Nombor 16
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011–2013 Pachuca 52 (2)
2013–2019 Porto 164 (27)
2019–2022 Atlético Madrid 58 (0)
2022– Houston Dynamo 37 (4)
Pasukan kebangsaan
2012 Mexico B23 16 (2)
2012– Mexico 105 (10)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23 September 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 September 2023

Kerjaya kelab sunting

Pachuca sunting

Herrera mula bermain bola sepak ketika sertai kelab remaja Pachuca. Beliau diberi nama samaran zorrillo, ("skunk" dalam bahasa Melayu) dan juga sebagai zorro ("musang" dalam bahasa Melayu).

Herrera membuat debut untuk Pachuca ketika tewas 4-1 kepada Santos Laguna pada 23 Julai 2011. Beliau membuat 14 penampilan untuk Pachuca dalam perjalanan menjuarai kejohanan Apertura 2011. Beliau juga menerima anugerah Bola Emas pada kejohanan itu.

Porto sunting

Musim 2013–14 sunting

Pada 28 Jun 2013, Herrera dilaporkan telah berpindah ke kelab FC Porto denga bayaran €8 juta.[1] Héctor Herrera membuat debut tidak rasmi Porto pada 13 Julai 2013 dalam perlawanan terakhir Valais Cup menentang Olympique de Marseille. Beliau bersama rakan senegara, Diego Reyes juga membuat debut untuk Porto di mana pasukannya menang 3-0.[2] Beliau membuat debut rasmi pada 18 Ogos dalam perlawanan liga menentang Vitória Setúbal, 3-0. Pada 22 Oktober, Herrera membuat rekod baru Liga Juara-Juara kerana memiliki dua kad kuning dalam masa enam minit pada perlawanan menentang Zenit Saint Petersburg.[3]

Herrera menjaringkan gol liga pertamanya untuk Porto pada 20 Disember, menang 4–0 ke atas Olhanense.

Musim 2014–15 sunting

Pada 20 Ogos, Herrera menjaringkan gol pertamanya di Liga Juara-Juara ketika menentang Lille, 1-0.[4] Pada 25 November, beliau menjadi pemain utama Porto apabila menang 3-0 ke atas BATE Borisov, hasil satu jaringan beliau dan dua hantaran yang dilakukan oleh beliau pada separuh masa kedua.[5]

Kerjaya antarabangsa sunting

Herrera telah dipanggil oleh José Manuel de la Torre untuk memasuki pasukan Mexico dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 menentang Guyana pada 12 Oktober dan El Salvador pada 16 Oktober. Herrera membuat debut untuk pasukan kebangsaan Mexico ketika menentang El Salvador, perlawanan itu berkesudahan 2-0 dan kemenangan berpihak kepada Mexico.

Herrera sebahagian daripada pasukan Mexico yang mengambil bahagian dalam Piala Konfederasi FIFA 2013 yang diadakan di Brazil. Beliau hanya membuat satu penampilan pada kejohanan itu iaitu ketika menentang Brazil. Beliua menggantikan Gerardo Flores pada minit ke-58 dan menerima kad kuning pada minit ke-89. Mexico kecundang kepada tuan rumah Brazil, 2-0.

Pada 8 Mei 2014, Herrera termasuk dalam senarai akhir 23 pemain yang mengambil bahagian di Piala Dunia FIFA 2014. Beliau bermain kesemua perlawanan Mexico termasuk perlawanan terakhir Mexico di Piala Dunia iaitu menentang Belanda pada pusingan 16 di mana Mexico tewas 2-1 dan tersingkir.

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 30 November 2014
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Benua Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Pachuca 2011–12 27 0 0 0 - - 27 0
2012–13 25 2 2 0 - - 27 2
Jumlah 52 2 2 0 - - - - 54 2
  Porto 2013–14 17 3 4 0 2 0 8 0 31 3
2014–15 12 1 1 0 0 0 7 3 20 4
Jumlah 29 4 5 0 2 0 15 3 51 7
Jumlah kerjaya 81 6 7 0 2 0 15 3 105 9

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Porto

Antarabngsa sunting

Mexico B23

Individu sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Herrera firmó con el Porto por 8 mde". Medio Tiempo. Dicapai pada 28 June 2013.
  2. ^ http://www.futbolsapiens.com/2013/07/debut-herrera-reyes-porto/
  3. ^ "Hulk breaks Porto hearts as Zenit win on his return". Reuters. 23 October 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-23. Dicapai pada 13 May 2014.
  4. ^ "Champions League: Hector Herrera leads Porto past Lille". Terra. Dicapai pada 2014-08-20.
  5. ^ "Herrera pulls the strings as Porto march on". Uefa.com. Dicapai pada 2014-11-20.
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-01. Dicapai pada 2014-12-23.
  7. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-24. Dicapai pada 2014-12-23.