Buka menu utama

Héctor Miguel Herrera

Mexican footballer

Héctor Miguel Herrera López (lahir 19 April 1990) merupakan pemain bola sepak Mexico yang kini bermain untuk FC Porto dan pasukan kebangsaan Mexico. Beliau bermain di posisi pemain tengah.

Héctor Herrera
Shahter-Portu (6).jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhHéctor Miguel Herrera López
Tarikh lahir (1990-04-19) 19 April 1990 (umur 29)
Tempat lahirTijuana, Mexico
Ketinggian1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniPorto
Nombor16
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2011–2013Pachuca52(2)
2013–Porto107(17)
Pasukan kebangsaan
2012Mexico B2316(2)
2012–Mexico62(5)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 22 September 2017.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 10 Oktober 2017

Kerjaya kelabSunting

PachucaSunting

Herrera mula bermain bola sepak ketika sertai kelab remaja Pachuca. Beliau diberi nama samaran zorrillo, ("skunk" dalam bahasa Melayu) dan juga sebagai zorro ("musang" dalam bahasa Melayu).

Herrera membuat debut untuk Pachuca ketika tewas 4-1 kepada Santos Laguna pada 23 Julai 2011. Beliau membuat 14 penampilan untuk Pachuca dalam perjalanan menjuarai kejohanan Apertura 2011. Beliau juga menerima anugerah Bola Emas pada kejohanan itu.

PortoSunting

Musim 2013–14Sunting

Pada 28 Jun 2013, Herrera dilaporkan telah berpindah ke kelab FC Porto denga bayaran €8 juta.[1] Héctor Herrera membuat debut tidak rasmi Porto pada 13 Julai 2013 dalam perlawanan terakhir Valais Cup menentang Olympique de Marseille. Beliau bersama rakan senegara, Diego Reyes juga membuat debut untuk Porto di mana pasukannya menang 3-0.[2] Beliau membuat debut rasmi pada 18 Ogos dalam perlawanan liga menentang Vitória Setúbal, 3-0. Pada 22 Oktober, Herrera membuat rekod baru Liga Juara-Juara kerana memiliki dua kad kuning dalam masa enam minit pada perlawanan menentang Zenit Saint Petersburg.[3]

Herrera menjaringkan gol liga pertamanya untuk Porto pada 20 Disember, menang 4–0 ke atas Olhanense.

Musim 2014–15Sunting

Pada 20 Ogos, Herrera menjaringkan gol pertamanya di Liga Juara-Juara ketika menentang Lille, 1-0.[4] Pada 25 November, beliau menjadi pemain utama Porto apabila menang 3-0 ke atas BATE Borisov, hasil satu jaringan beliau dan dua hantaran yang dilakukan oleh beliau pada separuh masa kedua.[5]

Kerjaya antarabangsaSunting

Herrera telah dipanggil oleh José Manuel de la Torre untuk memasuki pasukan Mexico dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 menentang Guyana pada 12 Oktober dan El Salvador pada 16 Oktober. Herrera membuat debut untuk pasukan kebangsaan Mexico ketika menentang El Salvador, perlawanan itu berkesudahan 2-0 dan kemenangan berpihak kepada Mexico.

Herrera sebahagian daripada pasukan Mexico yang mengambil bahagian dalam Piala Konfederasi FIFA 2013 yang diadakan di Brazil. Beliau hanya membuat satu penampilan pada kejohanan itu iaitu ketika menentang Brazil. Beliua menggantikan Gerardo Flores pada minit ke-58 dan menerima kad kuning pada minit ke-89. Mexico kecundang kepada tuan rumah Brazil, 2-0.

Pada 8 Mei 2014, Herrera termasuk dalam senarai akhir 23 pemain yang mengambil bahagian di Piala Dunia FIFA 2014. Beliau bermain kesemua perlawanan Mexico termasuk perlawanan terakhir Mexico di Piala Dunia iaitu menentang Belanda pada pusingan 16 di mana Mexico tewas 2-1 dan tersingkir.

Statistik kerjayaSunting

KelabSunting

Sehingga 30 November 2014
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Benua Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Pachuca 2011–12 27 0 0 0 - - 27 0
2012–13 25 2 2 0 - - 27 2
Jumlah 52 2 2 0 - - - - 54 2
  Porto 2013–14 17 3 4 0 2 0 8 0 31 3
2014–15 12 1 1 0 0 0 7 3 20 4
Jumlah 29 4 5 0 2 0 15 3 51 7
Jumlah kerjaya 81 6 7 0 2 0 15 3 105 9

PenghargaanSunting

KelabSunting

Porto

AntarabngsaSunting

Mexico B23

IndividuSunting

RujukanSunting